Thursday, 25 March 2010

kira kira


17 hari dalam hitung. "dinding di pukul" demi kesenangan bersama. masih cetek dan dangkal menjadi terbaik. "tunjuk ajar ku sifu".

kemahiran halus di pelajari. ada pelbagai watak dan sikap. fahami dan kendali. ikut kesesuaian jenis.

benar semua manusia sama. akal dikurnia. olah berbeza. harus diingat. meski tidak mengapa ada sekolah kemahiran seperti vokasional dan teknik itu wujud.

persoalan kira benar, persoalan "kenapa orang lain boleh?"

persoalan
mengapa wujud sekolah atau kelas khas seperti dialexia?

aku jua tidak sempurna
aku jua masih mencari jalan jalan

begitu jua rakan seperjuangan

beri ruang
.....................................................................................

Sunday, 21 March 2010

benci tapi sayang

tika ini aku sedang berehat... ambil dalam 30 minit ke 40 minit untuk bersenggang. aku baru sahaja selesai mengemas dan mengemop dapur. mencuci dan menenyeh pinggan mangkuk, periuk belanga dan cawan dan segala bagai untuk makan dan minum.

berganjak ke depan... mengemas ruang tamu yang bersepah. penat. berjuta kali mengeluh. tetap sama. teruskan rutin. itu wajib. mainan selerak sana dan sini. atas dan bawah. di balik dan terselit pun ada juga.

haziq sudah pandai membantu ibu mengemas mainan. terima kasih sayang. tapi kan sayang ibu, kejap lagi mesti si emir pula yang "tolong kemas" balik. emir pun sayang ibu juga. tapi emir suka sgt tgk ibu kemas rumah selalu. alahai sayang!

air teh meninggalkan kesan di lantai, aku tanya si sulung... adik yang buat ibu... hurm... mulut memang bising, tapi apalah yang mereka faham....

semput... itu yang membuatkan aku berehat sekejap sebelum meneruskan sessi mengemas ruang tamu.... jua mengemop... seronok!

dalam bilik air, baju dah berbakul-bakul... mesin basuh rosak... lagi haru kan?... itu pun dalam perancangan hari ini... tapi bukan sekarang ku cuci, malam nanti baru ku cuci...

hurm... nak kemas rumah lah... then nak mandi.. lepas tuh nak masak...

lepas tuh nak lipat kain... lepas tuh byk lah nak buat keje!

Tuesday, 16 March 2010

kasih sayang

hari ni habis kerja jam 7.30. cecepat log out.

hari ini aku dengar sesuatu

"kita di bayar gaji utk kena marah dan hadap pelanggan"

apa apa je lah kan

selagi aku masih belum menemui kerjaya yang sesuai, biarlah aku menumpang rezeki di situ...

katakan lah, aku tidak mampu untuk meneruskan kerjaya di situ, mohon di limpah kan rezeki yang lebih baik....

hari ini Alice hantar surat berhenti kerja. baru je nak bermesra dengan Alice, dia pula nak undur diri. sedih. aah... apa ni sedih sedih.. tak mo ler sedih sedih, patutnya gembira dan doakan Alice dapat meneruskan cita cita nya utk menjadi usahawan...

buat Alice,
utk permulaan mmg perit
usaha dan gigih serta semangat pasti berjaya, ditambah lagi dengan sokongan keluarga dan tersayang.

hati kalau dah tak suka, jangan dipaksa

kerana pasti akan ada hikmah di sebalik peristiwa...

Ya Allah,
dah 2.30 pagi
aku masih berjaga

nak lelap
badan memang letih sangat

tadi balik kerja Aryanie Ismail amik aku kat stesen petaling. jumpa kawan kawan sekolah....makan kat bawah jambatan dekat sekolah tamil...

rakan PUNB belanja makan... syukur, moga rezeki bertambah....

byk jugak cerita menarik...

tapi mata dah ngantuk...

tidur dulu lah.....

Thursday, 11 March 2010

sepi tanpa kata

padat dalam komuter dengan manusia yang mahu pulang... baik yang tua mahupun muda, lelaki atau pun wanita, si dara mahupun teruna... masing masing berebut rebut dan berasak asak mahu pulang... begitu juga aku... tak sanggup aku menunggu bas u68 di hadapan central market... mahupun menaiki LRT menuju taman jaya kemudian menggunakan perkhidmatan bas rapid KL t505 pula... tidak sanggup aku menunggu dalam bas, jalan brickfield sudah pasti dan soheh sesak... begitu juga dia bulatan templer dan juga jalan gasing...

kali ini aku nekad utk menaiki komuter kalau mahu pulang...
biarlah berasak sedikit, strategi mesti mahu ada! hidup di bandar kena ligat! kalau asyik tercegat mana ada peluang nak mencelah...

berbeza menaiki lrt dan bas atau bas sahaja atau menaiki komuter sahaja... dengan menaiki komuter aku boleh menempelkan diri dalam rumah seawal jam 6.45 petang kalau habis kerja jam 530 petang!

owh.. penat sungguh berjalan kaki... tak pe lah aku masih muda... eceh!

langkah aku demi mereka!

dunia aku sekarang berbeza... mampukah aku bertahan?... Ya Allah... kuatkan lah semangat aku, berilah aku jalan agar ia diberkati... amin!

balik rumah memang penat... amat penat! tapi aku gagah kan jua mana yang terdaya...

kejap lagi aku nak cuci ayam dan kemas dapur... utk menu esok hari aku nak buat sup ayam dan bihun... haziq amirul haq suka sangat....