tika ini aku sedang berehat... ambil dalam 30 minit ke 40 minit untuk bersenggang. aku baru sahaja selesai mengemas dan mengemop dapur. mencuci dan menenyeh pinggan mangkuk, periuk belanga dan cawan dan segala bagai untuk makan dan minum.
berganjak ke depan... mengemas ruang tamu yang bersepah. penat. berjuta kali mengeluh. tetap sama. teruskan rutin. itu wajib. mainan selerak sana dan sini. atas dan bawah. di balik dan terselit pun ada juga.
haziq sudah pandai membantu ibu mengemas mainan. terima kasih sayang. tapi kan sayang ibu, kejap lagi mesti si emir pula yang "tolong kemas" balik. emir pun sayang ibu juga. tapi emir suka sgt tgk ibu kemas rumah selalu. alahai sayang!
air teh meninggalkan kesan di lantai, aku tanya si sulung... adik yang buat ibu... hurm... mulut memang bising, tapi apalah yang mereka faham....
semput... itu yang membuatkan aku berehat sekejap sebelum meneruskan sessi mengemas ruang tamu.... jua mengemop... seronok!
dalam bilik air, baju dah berbakul-bakul... mesin basuh rosak... lagi haru kan?... itu pun dalam perancangan hari ini... tapi bukan sekarang ku cuci, malam nanti baru ku cuci...
hurm... nak kemas rumah lah... then nak mandi.. lepas tuh nak masak...
lepas tuh nak lipat kain... lepas tuh byk lah nak buat keje!
tak pe la kak...tugasan sebagai suri rumahtangga ni banyak pahala dpt...berbakti utk kesenangan org lain (suami dan anak2)..ida x tahu la sama ada ida ade kekuatan macam akak menguruskan rumahtangga bila kawin nanti..harap2 setabah akak dan tak jemu walaupun buat kerja yang sama setiap hari...kena anggap sebagai ibadah la...
ReplyDeletehai org melaka! lama tak jengah sana! apa kabar... kena sabar... tu sdg praktis... sbb syg nak tgl kan kerjaya yang ada... penantian 4 tahun nak kerja semula br tercapai tahun ini...
ReplyDeleteibadah....