padat dalam komuter dengan manusia yang mahu pulang... baik yang tua mahupun muda, lelaki atau pun wanita, si dara mahupun teruna... masing masing berebut rebut dan berasak asak mahu pulang... begitu juga aku... tak sanggup aku menunggu bas u68 di hadapan central market... mahupun menaiki LRT menuju taman jaya kemudian menggunakan perkhidmatan bas rapid KL t505 pula... tidak sanggup aku menunggu dalam bas, jalan brickfield sudah pasti dan soheh sesak... begitu juga dia bulatan templer dan juga jalan gasing...
kali ini aku nekad utk menaiki komuter kalau mahu pulang...
biarlah berasak sedikit, strategi mesti mahu ada! hidup di bandar kena ligat! kalau asyik tercegat mana ada peluang nak mencelah...
berbeza menaiki lrt dan bas atau bas sahaja atau menaiki komuter sahaja... dengan menaiki komuter aku boleh menempelkan diri dalam rumah seawal jam 6.45 petang kalau habis kerja jam 530 petang!
owh.. penat sungguh berjalan kaki... tak pe lah aku masih muda... eceh!
langkah aku demi mereka!
dunia aku sekarang berbeza... mampukah aku bertahan?... Ya Allah... kuatkan lah semangat aku, berilah aku jalan agar ia diberkati... amin!
balik rumah memang penat... amat penat! tapi aku gagah kan jua mana yang terdaya...
kejap lagi aku nak cuci ayam dan kemas dapur... utk menu esok hari aku nak buat sup ayam dan bihun... haziq amirul haq suka sangat....
No comments:
Post a Comment