hari ini 26 april 2010...
seorang perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band), melangkah keluar rumah untuk menjalankan tugas sebagai operator telefon. sebelum keluar rumah, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sempat mencium kedua-dua anak lelakinya. Alhamdulillah, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sempat mengucup anak-anaknya. Langkah demi langkah diatur. Menuju ke hentian bas. dipersimpangan tiga, ada kelibat bas yang berlalu laju, seolah mengejek perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu kerana terlewat melangkah dalam 3 minit sahaja. hati gundah gulana. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, tergesa-gesa melangkah menuju ke hentian bas di jalan utama, Jalan kelang Lama, tidak lagi di jalan tidak utama iaitu di jalan taman seri sentosa. sekali lagi di persimpangan tiga di bawah jejambat lebuhraya NPE itu, ada kelibat bas bernombor 72 yang lengang dengan penumpang, hanya beberapa penumpang sahaja mengisi ruang duduk. bas itu jua berlalu pergi... perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu terus gundah gulana.
"lambat lagi lah aku jawabnya hari ini, terbang lah RM10 naik taxi hari ini. nasib dah makan nasi berlaukkan lauk kegemaran ku iaitu sambal goreng cili padi dengan terung pipit"
perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, melintas lah jalan utama, dari lauan menuju ke PJ dan SUbang Jaya, tidak mengalami masalah. trafik pula lampu nya warna merah. tetiba teringat lampu isyarat shift track kat tempat kerja... adherence! ah system! kemudian perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu, berhenti di pembahagi jalan. kenderaan dari arah SUbang Jaya dan PJ, tidak laju, perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu cuba untuk melintas, tetapi...jalan yang berlorong 3 itu, tiba tiba perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu tersentap... kakinya seakan mahu bergerak pantas, tetapi ketakutan dek kerana kereta kontot hijau taik anjing itu seakan mahu memecut tanpa mahu memberi laluan kepada aku yang sudah pun berada di lorong tengah. "Ya Allah! kiranya ini cara aku pergi, aku redha!" tidak semena, laluan menjadi sibuk! berpusu pusu kereta melalui lorong lorong itu... (teringat pula lagu Bila Rindu-Ruffedge.. Oh Suamiku!..kalau aku mati katak kejap lagi, maaf kan dosa ku dari hujung rambut hingga hujung kaki!) Lori sederhana besar kelihatan mahu memotong kenderaan di hadapan, seakan tidak terkawal apa bila melihat perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu di lorong tengah! Ya Allah! Kereta yang lain turut kelihatan tidak terkawal. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu sekejap selangkah ke hadapan. sekejap selangkah ke belakang. satu motor juga memecut dari belakang lori, mana dijangka akan ada perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu berada di tengah lorong. "Ya Allah" dengan tidak semena perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu menjerit "berhentilah! bagilah aku jalan!" ada airmata mengalir kaki dan seluruh anggota badan gigil dan takut akhirnya ada juga kenderaan yang mahu memperlahankan kenderaan nya... terima kasih! terngiang dan terbayang bagai motor dan lori serta kenderaan lain menuju ke arah perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu. Mat Motor itu menjerit "HOI!" perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu tidak sedikit pun marah kepada lelaki mat motor itu. perempuan yang memakai tudung hitam (bukan kerudung merah nyanyian Wali Band) itu redha.... kecut! masih terbayang dalam fikiran ini, betapa aku tercampak di BT 6 jalan kelang lama!
-------------------------
syukur aku masih selamat dan dapat menjalankan tugas pada hari ini! Ya Allah,
aku mohon jauhkan sebarang kecelakaan pada aku. anak anak masih perlukan aku!
------------------------- end of story!
suspend sungguh...
ReplyDeletekalau ada anak kecil nie.. minta jauhkan dari kecelakaan.. fikir anak je kan..
heheh... mmg pikirkan diorang je!
ReplyDelete