Monday, 30 August 2010

owh tidak sihat...

dalam bilik training ni tak leh nak bukak fb, jadi aku bukak blog aku ni ha...

alkisahnya, aku sakit tekak dah ni, kadang ada batuk kokol. demam tu mungkin tidak, cuma tak sedap badan.

semalam dah rasa bakal tak sihat. tekak rasa pedih sgt. hidung pulak dah semacam je. kerap bersin pun ya.

haziq yang memula kena, dikuti adiknya, kemudian ibu pulak terjangkit.

OWH...

hari ni tekak bebetul perit.

oh... dalam kelas ni, sekarang tgh break sekejap. trainer pasang lagu raya. siti nurhaliza pula tu! aduh lah. favourite tuh!

oh ya ya... mau lepak sekejap....

jatuh cinta dengan 150 juta kali!



dia mungkin bengis.... seperti singa!

hana zatie - 150 juta kali

Hana Zatie The Guitarist



Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah nya saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...

Tuesday, 24 August 2010

gerhana di hati

Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.


baru tiba dari ulu yam, sekarang aku berada di level 3A. melirik masa yang terpapar, 613am... waaaaaaa pagi-pagi sudah tiba di sini. malam tadi lepas berbuka, selesai sahaja urusan di dapur dan bilik air, aku dan ehem ehem bergegas menghantar anak anak ke Ulu Yam. Ehem ehem ada tugasan merakam aksi-aksi di dalam keadaan pegun hari ini di Jalan Pinang, KL.

itu sebab sampai awal. malas nak balik rumah pepagi ni, aku terus minta ehem ehem hantar ke menara je. leceh kalau balik rumah dulu, then turun balik .

oh ye... semalam keputusan temuduga untuk jawatan Penguasa Kastam telah diumumkan. Jelas dan terang aku bukan yang terbaik. banyak lagi yang perlu di perbaiki jua di pelajari. minda di hari temuduga juga celaru. persediaan pun celaru.

tak pe. peluang masih ada. cuba lagi. nak cuba lagi ke?

-----------------------------------

kau.sakit.hati.dengan. aku?

ada orang kesah. itu pun nak saket hati. aduh lah. bosan hidup. kalau hati kau tertusuk dengan lembing pun tak de orang kesah beb. luka ke.... terkoyak ke... terhiris ke.... kau punya pasal! aib! aib! aib!

ah malas layan...

Thursday, 19 August 2010

kaktus dan masa

kaktus dan masa

masa pantas berlalu, dalam jaga mata tidak terpejam... kadang terpejam hati masih berjaga... ada sesuatu yang mengganggu... setelah menyelenggara sesuatu, maka terlihatlah satu imbasan berwarna yang berduri...

telah lama kaktus itu di situ... sejak tiba di rumah 02 may 2004... aku terus mendiamkan si kaktus di situ... lama duduknya... hingga kini masih kekal di situ.... hanya tinggal yang ini.... yang lain sudah di jelajah anak anak ku...

berduri di luar... dalam penuh dengan air yang membantu tatkala kemarau...

kehidupan... mana mana kehidupan begitu juga.... saling memerlukan... saling melengkapi....

masa terus berlalu.....

ramadhan telah masuk hari ke 9...

Wednesday, 18 August 2010

hari ke 2 di bilik latihan

oh ya hari ini telah pun masuk hari kedua kelas pemulihan akhlak. muahahaha. kelas pemulihan kewangan. urm... cik aishah sungguh manis hari ini. bertudung hitam. mengajar sehingga terajar untuk mengusik sukitonn ngok ngek! oh dunia!

tadi gi jenjalan ke menara rebung. konon nak cari bubur lambuk. oh tak de rupanya. tak pe lah belum rezeki lagi.

so aku jenjalan ke level -1 menara cari kueh mueh. meriah dengan pelbagai jualan.

kueh mueh, baju raya, buku buku!

aku dapat jugak beli kueh akok. 8 ketul aku beli. anak anak suka. utk ehem ehem aku belikan tahu sumbat.

ok lah. nak stop.

nak facebook tak leh. nak lepak bilik rehat dan membaringkan diri. bye!

Tuesday, 17 August 2010

dari bilik latihan pemulihan... wakakak

salam.. facebook tak leh bukak. so aku bukak blog... muahahaha...

mari kita belajar kira duit hari ini. lalalala....

trainer dah nak mula mengajar....

Saturday, 14 August 2010

hujan makin galak

di luar kedengaran bunyi rintik hujan makin galak merintik! aku di rumah dalam sambil menanti lantai kering, mengambil kesempatan untuk melirik alam yang baru berlalu sebentar tadi. kaki ku luka di hiris benda tajam, tidak tersedar semasa sibuk menyediakan juadah tengah hari anak anak. sedar sedar ada kesan darah di lantai siang tadi. seperti biasa, akan aku mop lantai. 3 kali mop itu jelas.

setelah bersiap, aku meminta ehem ehem untuk menghantar aku ke tempat kerja. alhamdulillah. dalam sejarah berbuka ini lah pertama kali aku berbuka hanya dengan sebiji kurma 2 ketul kueh menjadi santapan berbuka di samping air kotak soya di tempat kerja. sungguh baik budi bicara majikan aku!

mendidik untuk bersabar.

ramadhan kali ini benar benar medan menguji kesabaran dan keimanan aku.

melirik alam yang satu lagi, biarlah hati ini yang melirik bersama aku.

perjalanan pulang aku bersama cik manis ina. bersama melangkah menuju stesen komuter bank negara. melewati sogo jua jalan tunku abd rahman.

meriah jalanan di lewati.

sesekali mata melirik dengan jualan di sana sini.

tiba di rumah. seperti biasa. aku merehatkan diri sebentar dua bentar, sambil anak anak menggesek ke arah aku.

penat sayang. ibu penat.

seakan memahami, mereka terus leka merobek beg plastik. untung untung ada jajan.

iya. memang aku belikan biskut utk mereka. juga kurma.

terkenang 10 tahun yang lalu, sewaktu bekerja dengan organisasi perkhidmatan makanan, di kala bulan berpuasa. pelanggan sibuk berbuka, kami sibuk menghidang.

berbeza kali ini. terikat dengan sistem, makanya, keimanan di uji. alhamdulillah. ada sedikit terkejut. menjangkakan akan di beri tempoh waktu 30 minit utk berehat fasa pertama. dan tempoh 30 minit berehat utk fasa kedua (berbuka)... tidak seperti yang dijangkan. konon ada grouping utk berbuka.

teringat di mid valley. kegnes, faizah, che lee, mesti pening kepala susun jadual kami. supaya sama rata setiap minggu.

apa pun aku redha! sedih, mungkin tidak. cuma aku terkejut. hahaha!

anyway aku seronok!

Wednesday, 11 August 2010

1 ramadhan ....

alhamdulillah.... dari jam 8 pagi semalam ku berjaga. hingga saat ini. masih berjaga. semalam masuk keje jam 1130 pagi berakhir jam 9 malam. habis melaporkan kes kes yang terlibat seantero negara, aku bergegas menuju sogo! sogo yang di pilih! tergocoh gocoh mengejar masa! sogo tutup awal dr tesco!

sempat ku beli daging dan bahan bahan nak buat kari. biskut biskut utk sarapan anak anak.

oh sempena ramadhan hari ini yang bermula penuh dengan kenikmatan bersahur aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak pada anda semua.

jap... nak jengah dapur!

---------------------------------

oh kari daging! penat ku kacau. moga enak rasanya.

roti panggang cecah kari buat ehem ehem. aku pula nasi dan telur goyang wajib. tenaga!

ps: skang busy ya ampun! susah nak curi masa nak update blog