Tuesday, 24 August 2010

gerhana di hati

Islam agama mulia. Allah tidak suka orang-orang Islam membuka aib orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat". Allah juga menjelaskan supaya orang Islam menjauhi daripada pra-sangka buruk dan mengaibkan orang lain. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12). Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.


baru tiba dari ulu yam, sekarang aku berada di level 3A. melirik masa yang terpapar, 613am... waaaaaaa pagi-pagi sudah tiba di sini. malam tadi lepas berbuka, selesai sahaja urusan di dapur dan bilik air, aku dan ehem ehem bergegas menghantar anak anak ke Ulu Yam. Ehem ehem ada tugasan merakam aksi-aksi di dalam keadaan pegun hari ini di Jalan Pinang, KL.

itu sebab sampai awal. malas nak balik rumah pepagi ni, aku terus minta ehem ehem hantar ke menara je. leceh kalau balik rumah dulu, then turun balik .

oh ye... semalam keputusan temuduga untuk jawatan Penguasa Kastam telah diumumkan. Jelas dan terang aku bukan yang terbaik. banyak lagi yang perlu di perbaiki jua di pelajari. minda di hari temuduga juga celaru. persediaan pun celaru.

tak pe. peluang masih ada. cuba lagi. nak cuba lagi ke?

-----------------------------------

kau.sakit.hati.dengan. aku?

ada orang kesah. itu pun nak saket hati. aduh lah. bosan hidup. kalau hati kau tertusuk dengan lembing pun tak de orang kesah beb. luka ke.... terkoyak ke... terhiris ke.... kau punya pasal! aib! aib! aib!

ah malas layan...

2 comments: