di luar kedengaran bunyi rintik hujan makin galak merintik! aku di rumah dalam sambil menanti lantai kering, mengambil kesempatan untuk melirik alam yang baru berlalu sebentar tadi. kaki ku luka di hiris benda tajam, tidak tersedar semasa sibuk menyediakan juadah tengah hari anak anak. sedar sedar ada kesan darah di lantai siang tadi. seperti biasa, akan aku mop lantai. 3 kali mop itu jelas.
setelah bersiap, aku meminta ehem ehem untuk menghantar aku ke tempat kerja. alhamdulillah. dalam sejarah berbuka ini lah pertama kali aku berbuka hanya dengan sebiji kurma 2 ketul kueh menjadi santapan berbuka di samping air kotak soya di tempat kerja. sungguh baik budi bicara majikan aku!
mendidik untuk bersabar.
ramadhan kali ini benar benar medan menguji kesabaran dan keimanan aku.
melirik alam yang satu lagi, biarlah hati ini yang melirik bersama aku.
perjalanan pulang aku bersama cik manis ina. bersama melangkah menuju stesen komuter bank negara. melewati sogo jua jalan tunku abd rahman.
meriah jalanan di lewati.
sesekali mata melirik dengan jualan di sana sini.
tiba di rumah. seperti biasa. aku merehatkan diri sebentar dua bentar, sambil anak anak menggesek ke arah aku.
penat sayang. ibu penat.
seakan memahami, mereka terus leka merobek beg plastik. untung untung ada jajan.
iya. memang aku belikan biskut utk mereka. juga kurma.
terkenang 10 tahun yang lalu, sewaktu bekerja dengan organisasi perkhidmatan makanan, di kala bulan berpuasa. pelanggan sibuk berbuka, kami sibuk menghidang.
berbeza kali ini. terikat dengan sistem, makanya, keimanan di uji. alhamdulillah. ada sedikit terkejut. menjangkakan akan di beri tempoh waktu 30 minit utk berehat fasa pertama. dan tempoh 30 minit berehat utk fasa kedua (berbuka)... tidak seperti yang dijangkan. konon ada grouping utk berbuka.
teringat di mid valley. kegnes, faizah, che lee, mesti pening kepala susun jadual kami. supaya sama rata setiap minggu.
apa pun aku redha! sedih, mungkin tidak. cuma aku terkejut. hahaha!
anyway aku seronok!
hehe..ibu mitahli...
ReplyDelete