Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup
Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu
Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita
Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus
Lindungilah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta seorang wanita
Itu saja
_______________________________________________________
dah satu november. bulan depan dah disember. nak pergi singapura ke nak pergi bandung, tapi si keciq dah amik nama aku nak gi singapura... belasah je lah... 30 hari lagi nak masuk disember. debar lak nak jalan jauh.. eceh. tak bawa suami dan anak anak. sebab... encek suami ada aim lain. anak anak pula, mak mertua dah berpesan, cuti sekolah nak jaga cucu...dah janji dengan mak mertua ni... tapi.... belum cuti sekolah, jauh lagi masa nak menghantar dah rindu. dah rasa sedih apa kes? hmm...
[jengah sekejap mereka berdua di bilik... lenanya tidur anak bujang ibu... ]
dah tua-tua join budak-budak opis gi jenjalan kan?! hahaha... tak kira tak kira nak pergi jugak. adegan merajuk mengada-ngada bersama encek suami akhirnya membuahkan hasil dengan persetujuan daripada encek suami sendiri iaitu memberi izin kepada aku untuk pergi singapura! POKAI? lantak lah. nak pergi jugak jugak.
[masa bercinta sibuk berdua aje]
[kawan kawan semasa kerja dahulu, sibuk buat aktiviti ; tak join langsung]
[ada je masa terluang, jumpa encek boipren/encek tunang samada di JB atau melaka atau KL]
[sekarang bila masing masing ada komitmen, pergerakan terbatas]
apa pun. terima kasih encek suami...
mode : ikat perut... sambil menslimkan diri... {ye ye je kan?!}
lalalalalalalaaaaa....
No comments:
Post a Comment