Tuesday, 13 November 2012

Lirikan Alam & Setia Alam

930 pagi... ehem ehem kejutkan aku... (nampak sangat aku tak bangun pagi buat sarapan)...
ehem ehem kejutkan aku suruh mandi... dia nak ajak gi sarapan... lepas tu dia ajak temankan dia gi survey barang... aku pun siap lah...
*kelamkabut

sementelah dia baru balik dari jogging... aku biar lah dia lepak ngadap PC dan segala forum, segala grup dalam dunia fotografi & videografi dia.... aku ingat dalam jam 10 pagi dah boleh la nak gerak kan?! hmmm
*dalam hati berdoa supaya cepatlah dia siap

sebelas lebih kot baru nak start FZi. nak marah tak boleh, nak buat muka empat belas pun tak boleh. (dalam hati nak pow, kena lah manis je muka ni kan)....
*senyum

memula gi kedai jual barang canon kat SS15 Subang. TUTUP... then kami nampak gerai makan tepi jalan. singgah melantak. rojak ngan cendol. apapun aku nak cakap. rojak ngan cendol kat tepi kubur kat bukit cina melaka laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi sedap!
*rindu


lepas makan dan minum, kami ke sunway pyramid... ehem ehem nak suruh aku test barang... supaya aku dapat gambaran apa yang dia nak... dan dia tunjukkan perbezaan antara Nikon D5100 dengan Canon 650D. kenapa nak amik Canon 650D? Nikon D90 dah ada 2 unit. Nikon D5100 ada 1 unit. Nak buat apa lagi kan?... sejak akhir akhir ni dapat job video untuk behind the scene... sebab tu dia nak guna... untuk rakaman di lokasi...
*tunggu payment

lepas tu kami lepak Starbucks. sambil tunggu kawan aku. aida. rakan sekolah aku sedari tingkatan 1.hakmal ada nak bincang dengan dia... pasal apa entah. aku apa lagi sempat tidur.
*letih

lepas tu aku ngan aida nak gi main bowling kat Setia City Mall... maka ehem ehem aku meneruskan agenda dia.
*pow berjaya


*klik gambar untuk paparan lebih besar

Setia Alam

GPS - Garmin
si aida. ada GPS... hahaha... katanya beli ni semasa bercuti ke Terengganu. Katanya malas nak susah kan orang lagi tanya lokasi A di mana, dan arah hala tuju ... makanya aida beli.
*macam nak cari satu je...

Sampai Setia City Mall, aku nampak kedai cermin mata... aku masuk terus tanya servis cuci cermin mata. ada. memang kompem ada lah kan.... hahaha... buat buat tanya... walhal dah tau... then aku beli kain kecik cenonet dengan spray untuk cuci cermin mata... lapan ringgit malaysia beralih tangan.
*Free untuk cuci cermin mata



dah tu.. kami gi main bowling... aida amik bola tulis 10, aku bantai 12... main 3 game. sakit? memula tak sakit. dah lama-lama... sakitlah.... 33 tahun hidup... ni kali ketiga aau keempat aku main.... campak je lah... yang tergolek ke belakang pun ada.. hadoooooi!....
permulaan....bermain bowling.... malas lah nak up keputusan akhir.
*main campak je


aida dah biasa main... siap jampi serapah dulu sebelum baling... hahahaha.. aku main campak je... tak de nye nak bazir masa, nak aim bagai... hati aku bukan nak main bowling... aku nak karok! ahhaaaa... tak kesampaian gak.. sebab dah janji temankan dia main bowling....
*layan dan aku pun dah naik malas nak taip... daaaaaaaaaa

strike aje minah nie.

lapang!

Chatime

saya suka Cinnamon Sugar ini.

1 comment: