Wednesday 20 February 2008

penantian 17 tahun

syukur alhamdulillah... akhirnya rumah yang di beli arwah ayah 17 tahun yang lalu siap juga akhirnya.... lega hati mak aku tu... lama betul dia menunggu... dulu tak silap aku pemaju dia emkay... terbengkalai... skang syarikat perumahan handle... bertukar pemaju rasanya...

rumah kos rendah je arwah ayah aku beli dulu... keje gomen... pemandu jer.. itu yang mampu di beli... syukur sekali lagi...

mak tu tgh sibuk nak amik kunci lah tu... dia dah tak sabar nak tgk tinggalan kenangan yang tak sempat di diami arwah...


‘Syukur rumah siap’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my

KAJANG: “Syukur alhamdulillah, penantian kami selama 17 tahun untuk mendiami rumah sendiri akhirnya termakbul, walaupun terpaksa menderita selama beberapa tahun lalu.

“Kami sekeluarga berasa lega selepas kerajaan sedia membantu membina semula projek ini...kalau tak kami tidak tahu bagaimana nasib kami,” kata Rafidah Ismail, 51, antara 792 pembeli rumah Taman Kantan Permai di sini, yang terbengkalai sejak 17 tahun lalu.

Beliau berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan khususnya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang menyiapkan rumah yang terbengkalai itu serta tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru tidak lama lagi.

“Saya dan suami, Abdul Malek Sharif, 57, serta anak-anak seronok dapat tinggal di rumah sendiri dan tidak perlu menyewa rumah lagi,” katanya selepas ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Rumah Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai taman berkenaan di sini, semalam.


Majlis penyerahan itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Datuk Mohd Mokhtar Dahalan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman; Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor dan Pengarah SPNB, Datuk Mohd Amin Mohd Salleh.

Mokhtar dalam sidang medianya berkata, SPNB membelanjakan RM17 juta untuk meneruskan projek yang terbengkalai itu membabitkan 792 unit yang merangkumi 621 rumah teres dua tingkat kos rendah dan 171 rumah teres kos sederhana di atas tanah seluas 40.612 hektar.

“Projek ini yang terbengkalai sejak 1992, mula dibaik pulih SPNB pada April 2005. Selepas dua tahun menjalankan kerja membaik pulih, akhirnya ia disiapkan dan MPKj menganugerahkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuk rumah berkenaan pada 19 Disember tahun lalu.

“Kami mempunyai 11 projek terbengkalai merangkumi 3,376 rumah di Selangor sudah dibaik pulih dan menerima CF manakala 23 projek lagi yang merangkumi 11,551 unit masih di peringkat kelulusan dan pelaksanaan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, 138 projek pelbagai kategori di negeri itu masih terbengkalai sehingga Januari lalu membabitkan 36,562 unit kediaman, komersial, industri dan pembesaran kampung.

“Daripada jumlah, 101 projek kediaman membabitkan 30,090 rumah, komersil 23 projek (2,208 unit), industri empat (682 unit) dan 10 projek pembesaran kampung (3,582 unit),” katanya.

“Kami juga mendapatkan pemaju yang lebih besar untuk mengambil alih projek terbengkalai seperti SPNB dan anak syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Katanya, walaupun pelbagai bantuan diberikan, pihaknya lebih berhati-hati kerana perlu mendapatkan persetujuan pembeli sebelum menyerahkan projek terbengkalai kepada pemaju baru.

“Proses ini memerlukan perjanjian baru antara pemaju dengan pembeli. Perjanjian baru ini mestilah tidak menjejaskan hak pembeli seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Jual Beli (SNP) terdahulu,” katanya.

4 comments:

  1. mentang mentang rumah kos rendah. Si mustafa Kamal tu buat sampai 17 tahun baru siap. Kondo kondo di damansara perdana tu cepat pulak siap nye. memalukan sungguh....

    ReplyDelete
  2. MK dengan emkay sama ke owner pemaju?...

    baru baru ni serah kunci... tu nak raih undi lah tu... he he he

    ReplyDelete
  3. sama. semua under MK land rasenya. byk lg anak syarikatnya. milik t.sri MK dan dato' P.kasi.

    ReplyDelete
  4. tahun ni x dpt pong deri dr dema... huhuhu... besau deri dema tuh... tadek rejeki... ahakss...

    xillix : at least, penantian tu x le sesia... huhuhu... syukran...

    ReplyDelete