"once the task done, i want you to submit the report and the checklist!!!"ingat sesenang je sesebuah syarikat bayar untuk tujuan tertentu. mesti mereka nak laporan apabila sesuatu tugas di berikan.
contoh ye....
kalau aku
ketua unit bahagian perkhidmatan pelanggan bagi syarikat makanan
ABC, dan melalui perbincangan di semua peringkat pengurusan, satu program bernama "
Mystery Shopper" telah diluluskan bagi tujuan peningkatan mutu syarikat (penjenamaan, produk, dan tenaga kerja) dan juga menaikkan bilangan pelanggan dalam sesuatu masa.
di sini, sekiranya program itu berjalan lancar dan aku sebagai ketua unit mahu melihat laporan dari anak buah dan juga si mystery shopper tersebut.dan aku sendiri juga kena buat laporan utk dipersembahkan kepada semua unit dan pihak pengurusan tentang keberjayaan program tersebut berserta statistik dan kira kira yang telah dipersetujui.
nak buat laporan bukan nya benda mudah, ianya perlu kerjasama dari semua pihak.
-------------------
mystery shopper....
hurm....
akan diberi nilai RM 100.00 untuk menikmati hidangan di syarikat makanan ABC...
tapi ada syarat
RM50 akan diberi pada peringkat yang pertama.
RM50 lagi akan diberi setelah tugasan diselesaikan dengan
menghantar laporan dan keputusannya.
ingat sesenang je ke nak pergi makan kat kedai makan dengan FREE!!!
-----------------------------habis kisah mystery shopper
satu lagi kisah
Kalau pergi WCIT kat KL tahun lepas kena buat laporan, sibuk dengan laporan.
tahun ini macam tak de program je... urm... apa yang sedang melanda....
ha ha tak de peruntukan dah ke dari kerajaan negeri, almaklum abg ali kan dah kena tindakan lembaga disiplin UMNO... kesian dia... oh ye semalam tgk berita... ternampak oleh ku... isteri abg ali bersama abg ali ketika sidang media diadakan...
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Melaka merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama isteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman membuat kenyataan akhbar kepada wakil media di rumahnya di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka, semalam selepas dilarang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.
apa pun datin seri asmah, u tetap yang utama di sisi abg ali... he he he... susah senang bersama kan!!! u tetap yang utama in any event...
itu laporan akhbar.. penting kan untuk semua?... PENTING
---------------------HABIS CERITA TENTANG LAPORAN AKHBAR
laporan laporan yang lain juga penting.. nak nak lagi kalau pergi training ke... seminar ke...
mesti nak jugak laporan kan...
so pagi tadi adalah sketsa suami isteri bertekak (bukan gaduh ah, tapi melontarkan suara menegakkan kepentingan laporan bertulis secara formal)!!!
meng isu kan pasal mystery shopper. eh dah syarat kena hantar laporan baru leh dapat another 50 kenalah buat laporan. macam awak bekerja.... kalau pergi training ke mesyuarat ke... kalau urusan kerja yang memerlukan laporan kena lah buat...
kalau tak de laporan yang perlu di buat... jolly sakan lah kan!! oh kalau macam tu senang ah sesapa yang nak duit RM 100 pergi makan kat KFC!!! tak yah buat apa apa... buat rugi je lah kompeni nando's or secret recipe bg duit kan...
macam kalau ada mesyuarat, kalau tak de laporan o minute... tonggang langgang lah.... ko salahkan si a, si a salahkan b, bila mana keputusan atau hasil projek tidak berjaya.... lunyai... lainlah kalau ada yang
pakai ilmu hitam macam kat siaran expose mistik... bahaya tuh..
boleh tundukkan org!!! boleh hancur kan hidup org!!! jangan lah buat benda macam ini...
menganiaya nama nya...
lagi satu pergi training ke... mana laporan?... sesenang je nak kencing bos.. "oh saya tak de...saya pergi training.... " tapi tak pergi... tuang kat memana ntah... tapi suami aku kalau bab pergi dapatkan ilmu sanggup dia pergi.... nak nak lagi percuma.... (
pernah berbekalkan RM10 pergi KL nak hadiri training apa ntah, sanggup ikut jalan lama!!! nasib baik NGV user!!!)
kalau aku dulu, jangan harap leh kencing... balik balik ko kena tindakan disiplin seperti kena potong allowance.... kalau bab kehadiran jangan memain... silap silap kena buang kerja o warning letter akan sampai kat tangan ko!!! lewat 1 saat tak boleh... mesti reach kat sesatu tempat 15-30 minit earlier!!!
alah kalau nak buat laporan pun leh kencing gak dalam laporan tu kan...