Friday, 20 November 2009

Di lema kaum isteri

isteri...

antara ibu sendiri dan suami

suami wajib

suami

antara ibu dan isteri

ibu wajib diutamakan...
--------------------------------------------
hurm... secara amnya semua tahu... mana baik mana buruk, mana dosa, mana pahala....

kalau anak perempuan ... beza... setelah berkahwin ibubapa dah serahkan pada suami... dah kena ikut perintah suami...

ini lah dilema wanita...

hati ibu-ibu sendiri banyak terluka, tapi si ibu-ibu diam kan sahaja... kerana tidak mahu keluarga anak perempuan nya berantakan / huru hara....

------------------------apa yang aku bebel kat sini...

Berdosa bagi isteri yang mengingkari perintah suami yang tidak bertentangan dengan hukum syarak.Oleh itu untuk menjadi seorang isteri yang solehah, ia wajib taat kepada perintah dan larangan suami selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.. hati jangan sedih sedih!

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!” Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2] Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu: Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3] Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.

---------------------------


No comments:

Post a Comment