Friday, 6 November 2009

aku terkesima...

"tak maulah, aku nak jadi pakar kecemasan, nak kerja dgn government sampai tua, nak tolong org2 susah, ko doakanlah biar niat aku tercapai, ye? aku tak pandang duit sangatlah, makan pakai cukup, dah syukur dah, ok lah c u soon, zzzzzzz...."

mengenali dia sejak darjah 5...
bersatu kelas semasa darjah 6,
berpisah di tingkatan 1,
bertemu kembali di tingkatan 2
jodoh kekal hingga tingkatan 5....

di UPM,
fakulti kami bersebelahan amat!
aku di fakulti Sains Makanan
dia di fakulti perubatan
ada hari hari tertentu kami ke kuliah bersama
maklum kami sama sama berulang dari jalan kelang lama ke UPM...

tersentuh sanubari... dengan jawapan itu
aku kenal dia... sejak darjah 5...
dia memang bercita cita utk menjadi doktor...

entah angin apa menyapa
aku menyarankan dia, utk jadi pakar kanak kanak...
lumayan bila dah buka klinik sendiri nnt...
mana aku sangka itu yang di balas oleh dia...

wahai sahabat aku tau keikhlasan kau..

kita sama sama mengharungi susah payah masa kecil...
kita sama sama mengharungi liku liku kehidupan setinggan...

kau tidak lupa rupanya kesusahan yang pernah kita alami dulu!

No comments:

Post a Comment