Thursday, 26 July 2012

Khamis Malam Jumaat

esok dah jumaat... maknanya malam ni dah 7 malam mereka bertarawikh...

sedikit info tentang tarawikh yang aku google kejap tadi...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
sumber klik di sini


khamis... 26 Julai 2012 / 6 Ramadhan 1433
alhamdulillah... dah 6 hari puasa... mengharap agar aku dapat puasa penuh tahun ini... hahaha... macam layak je dapat penuh kan? mintak mintak cik peod tu datang lelambat sikit... nak gak rasa nikmat dan keseronokan puasa penuh di bulan ramadhan... tak pernah kot puasa penuh bulan ramadhan... kalau lah dapat tahun ini... bestnya!!! 

{berangan}

tadi, lepas buka dan solat maghrib sambung solat isya'... aku sempat ngajar Haziq Amirul Haq mengaji... nampak gaya bulan ni macam tak ngaji je... tak pe lah... sikit sikit aku mengajar, lama lama nanti aku harap anak bujang aku faham dan boleh membaca... tak mau lah nak pressure kan sangat.. sebab aku dulu pun masuk sekolah agama bila dah darjah 2... belajar muqaddam pun rasanya darjah 2... kenal jawi pun darjah 2...

halaman 397
lepas ngajar si haziq tadi... aku baca surah Yasin... buat diri aku dan juga yang tiada... kadang kadang baca surah Yasin... boleh buat aku menangis...


 [12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
alhamdulillah... walaupun aku agak sibuk... dan agak kepenatan... aku di beri peluang untuk membaca... dah lama jugak tak bertadarus dalam bulan yang mulia ni... dan tidak semena bila terkenang waktu tiada komitmen... akviti tadarus sangat dinantikan.... sekarang... sendirian... aku tengok al qur'an aku ni ha... ni al qur'an yang aku beli masa nak masuk KYPM kat kota bharu dulu...

al quran aku beli pada tahun 1997

dah kuning kuning dah halaman di dalam.... 15 tahun sudah berlalu... ini lah al qur'an kesayangan aku.. time dulu aku suka sangat warna coklat... tak tau nape... aku gi beli al qur'an dengan kawan aku... kawan aku pun sama sama cari keperluan nak duduk di asrama... nama dia Rosmaliza Jidin...kami cari kat wisma yakin. mmm...

oh anak anak ibu
cepat lah besar anak anak ibu... nanti kita boleh gi masjid... bertarawikh dan bertadarus... moga masa menyebelahi kita nanti... amin


1 comment:

  1. Insyaallah kawan...umur panjang...kesihatan ok..pasti waktu itu dtg jugak

    ReplyDelete