Tuesday, 30 October 2012

Victoria Bridge * Karai * Kuala Kangsar

Victoria Bridge * Klik gambar untuk paparan besar *
28 Oktober 2012... selepas sarapan kat pekan Karai - Enggor, Kuala Kangsar... encek suami tetiba terbawa kereta sampai ke sini. :)
*** terbawak kereta? hahaha... terpandu lebih sesuai kot.

Landasan Keretapi ; Victoria Bridge
Landasan Keretapi ; Victoria Bridge


aku pun tak lepas kan peluang untuk ambil gambar... untuk koleksi sendiri.
sedikit info yang aku google berkenaan dengan Jambatan Victoria ini adalah seperti di bawah...

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.
sumber : http://www.mpkkpk.gov.my/victoria


No comments:

Post a Comment