Thursday 26 March 2009

Jalan cenderasari

tengah study... A dengan B duduk sebelah C dan bla bla...siapa c siapa d.... pening!!!

aku akan menghadiri dan menduduki ujian Malaysian Teacher Selection Test pada hari sabtu ini.

W404
SEK MEN (P) METHODIST
JALAN CENDERASARI (MASJID NEGARA)
50480, KUALA LUMPUR


tempat di mana aku ngan kawan baik aku dan jugak sahabat baik aku dan jugak sahabat baik kepada kawan aku berjumpa dalam hujan lebat nun kat dalam tasik Perdana... mencari sahabat baik kepada kawan baik aku nun di bukit aman...

abaikan kalau tak faham!!!

tahun 1999 sahabat baik aku datang rumah... kawan baik aku pun ada... dari rumah aku, kami bertolak ke sana (tasik perdana) dengan menaiki bas intrakota no 30. kami turun dekat bustop dekat area masjid negara... ikut laluan yang ada sekolah men (p) methodist belah kiri n jalan depan sikit ada taman rama rama rasanya... (malas nak pastikan kat google)

jauh sungguh perjalanan... hujan makin lebat... kami bertiga berteduh dekat gazebo berdekatan dengan kawasan gerai kat dalam tuh....

hujan renyai kami teruskan perjalanan menuju ke jalan bukit aman... tapi sahabat baik kepada kawan baik aku dah selesai urusan dia, dia suruh kami lepak dekat kawasan taman yang dekat dengan jalan keluar masuk ke Jalan Tugu (kot)... sbb ada tugu kat situ...

jauh sungguh berjalan masa tu... pusing sana pusing sini... dah lah hujan... lebat pulak tu... then kitorang naik bas kat area jalan yang ada Tugu Negara menuju ke kota raya... masa ni pendatang lom melampau lagi... cuma ramai warga filifina rasanya... aku nagn kawan baik aku berpecah. kawan baik aku ngan sahabat baik dia meneruskan perjalanan ke bangsar. aku dan sahabat baik aku gi cari surau utk solat.

tak sangka... 2009 aku dan sahabat baik aku akan melalui jalan itu iaitu jalan cenderasari untuk menduduki Ujian MTEST pula.

mmg selalu ke sana dengan adik adik.... dan juga kawan baik aku tuh. jugak sahabat baik aku. tapi kami tahu ada jalan lain iaitu ikut jalan dekat muzium negara. yang ada bangunan antikuiti (rasanya)... dah tua rupanya aku... semua pun lupa....

aku tertanya: sahabat baik aku tu ingat ke tidak eh first date dia?!!!

tasik perdana:
tempat di mana mak aku dan adik beradik dia jenjalan semasa bujang dan terjumpa pulak ayah aku
tempat kami beriadah sekeluarga semasa arwah ayah masih ada...
tempat dimana aku dan kawan baik aku, aida halila, selalu lepak (siap bawak bekal n makan makan kat sana, siap bawa bola jaring!!!)
tempat dimana drama The Shark Prince buat latihan lakonan dengan kawan kawan di akademi infotech MARA dan aku sebagai pengarah dramanye
tempat di mana aku dan sahabat baik aku dating (nama dirahsiakan)... dating bawa adik adik ye... kami main bola, siap main badminton!!! tengok rusa!!! naik bot!!! berkayuh!!!

kini 10 tahun telah berlalu... aku pula sudah beranak dua...

3 comments:

  1. eh jap.. pening la... nie flashback ke ?? so, ade ke test tue sabtu nie ?? kalo ade wish u all d best and gus luck la ek... ;)

    ReplyDelete
  2. a'ah ada exam sabtu nih...thank u... ingat nak gi jengah kamu kat sana... he he he... tak de lah.. nak gi dating sabtu nih kat taman tasik perdana... nak ikut?

    ReplyDelete
  3. hehehe... tak dapat la kot kalo sabtu nie... ade site kat putrajaya... kije lebih masa ckit... kije2x... huhuhu...

    ReplyDelete