Sunday 17 May 2009

ouh No!!!!- Mayat lelaki putus tangan ditemui

sebelum ni ada kes kat taman medan... masa tu aku study kat serdang... pepagi buta... aku dah keluar rumah nak pergi kuliah naik bas... (aku ulang alik dari rumah mak ke UPM)... masa kejadian gaduh kat taman medan yang satu masa dulu kecoh gila... aku berani keluar... masa tu takut... pikir kan dr nazmi nak bg lecture tentang biochem yang sepatah haram aku tak faham, aku gi jugak kuliah yang start pukul 8 pagi!!!

tengah hari tadi ada berita pasal tangan putus...

so malam ni aku jengah lah nak tau kat mana...

what a shocked me... my mum's house there...

adakah mangsa bangla itu pekerja kat restoran mokhtar corner?
jap nak tepon mak tam jap!!

along: tam tadi along ada tgk berita pasal yang putus tanagn... tgk kat internet kat umah kta je
mak tam: iye... kat depan ni je...
along: kat mana?
mak tam: kat kedai yang ada jual air tebu tuh, kedai si sahak...
along: yang kedai jual nasi lemak panas memalam tuh... yang ayam goreng dia sedap tuh?
mak tam: a ah... tangan bangla tu kat situ... badan dia kat depan restoran minang dulu tuh... sebelah kedai yang jual bahan bahan nak jual burger...
along: pekerja mokhtar ke?
mak tam: bukan... ntah siapa bangla tuh ntah... dari tempat lain agaknya lari sampai ke sini... anjing 3 ekor nak kesan senjata... tak jumpa... ayen (merujuk kepada adik aku) ada amik gambar bangla tuh... ko nka tgk ke?... ko tepon lah ayen... dia balik bercuti tuh... cekap betul kerja jenayah tuh!!! sampaikan 10 orang yang mengejar tak terkejar!!!

hah... aku tepon.. ***bergayut***

sebenarnya kawasan rumah aku tuh, selalu di ronda polis peronda... kat kedai mokhtar tu memang ada selalu polis... mak aku sampai dah kenal dengan mereka.... kejadian may be berlaku pukul 5 -6 pagi... satu lagi suami aku sendiri memang pernah melihat satu kejadian gaduh mat mat rempit di kawasaan perumahan mak aku tuh pepagi buta menggunakan parang ke haper aku tak tau, masa tu hakmal gi mengeteh... suami aku kol nombor polis, tapi ada macam macam hal jugak lah sebelum polis tu nak sampai ke tempat kejadian... bila polis dah sampai... takkan lah gaduh berpanjangan kan (masa kol nih polis bertugas kata... itu kene kol sana, ini kol sini...bla bla...) ... suami aku pulak takkan lah nak patah balik (on the way balik melaka)
---------------------------------------------------------------------

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah airku

persoalan aku... apa yang sentosa?... nampak je kan... nak maju memang macam ni ke gaya hidup negara maju?... hah!!!

Mayat lelaki putus tangan ditemui

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan keadaan tangan kirinya terputus di kaki lima sebuah restoran di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib, berkata mayat Nurul Amir, 39, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman di badannya, oleh pemilik restoran itu yang baru hendak mulakan perniagaannya kira-kira jam 7.20 pagi.

Beliau berkata, warga asing itu dipercayai mati akibat kecederaan teruk di dada dan badan, dengan tangan kiri terputus dari siku ke bawah, dan tangan itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat mayat ditemui.

"Polis percaya lelaki itu diserang di tepi jalan Taman Sri Sentosa, tetapi sempat berlari sebelum jatuh di hadapan restoran berkenaan," katanya di sini.

Katanya, polis percaya lelaki itu ditetak dengan benda tajam, namun senjata yang digunakan masih belum ditemui sehingga ini.

Wan Abdul Bari berkata, mayat sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi ASP Nik Ros Azhan Nik Rozam dengan menelefon 03-22742222 sambungan 188, atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Brickfields bagi membantu siasatan. - Bernama

2 comments:

  1. erkkk...mula2 nk buka entry ni riso gak kot2 akk ada post skali gmbr dia..hehehe

    malaysia kini...hmmm..

    ReplyDelete
  2. kejadian putus tangan tu mmg dekat dengan rumah tau...

    hah...takut ke... he hehe... adik saya tak pos gambar lah pulak... tak de kredit agaknya... huhu

    ReplyDelete