berdebar tak pasal semalam.
kot-kot lah anak-anak aku terambil barang yang belum dibayar. (ayah dorang dah ajar dah.. amik barang mesti bayar dulu... jangan amik je)... so bila nak keluar JJ kena lah kan lalu kat laluan keluar. kat laluan keluar tu kan ada alat yang mengesan cip yang tak dinyahaktifkan!
aku dan anak anak aku pun lalu.... tetiba
[tet tet tet tet tet tet tet] alarm berbunyi!!!
aku senyum pada petugas yang jaga laluan masuk dan keluar....
"ini telah mengundang kemarahan saya tau!" aku luahkan pada budak "jaga" tu...
"mana manager yang bertugas? saya marah ni..."
budak tu pun terkulat kulat nak tanya aku... "boleh saya periksa puan?"
"saya rasa barang ni yang berbunyi. saya bayar tau... sekejap saya cari resit". sambil tu aku geledah beg sandang warna merah aku cari resit... owh ada dalam poket kecil bersama baki bayaran.
budak tu pun test lah barang tersebut... kompem. sah. saheh. alat buat label tu yang berbunyi.
tanpa di suruh then aku sorong lah troli aku ke laluan yang konon boleh kesan cip yang tidak dinyahaktifkan...
tiada bunyi tet tet tet tet tet (tak reti aku nak express kan bunyi dia)...
"ha. mana manager awak. saya rasa cashier tu dah nyahkatifkan cip tu... ni pehal bunyi lagi?"
"ini telah mengundang malu tau..."
aku senyum je... tak de lah nak tarik muka bagai kan...
orang lalu lalang, tgk je aku... sibuk sangat nak jumpa manager..
budak tu pulak... "tak pe kak.. ni perkara biasa..."
"mana boleh perkara biasa... sekarang tolong nyahaktifkan cip tu"
budak lelaki tu tak habis habis pujuk aku... "tak pe kak... kalau alarm berbunyi... akak tunjuk je... barang dengan resit"...
"ibu... haziq letih lah...lama lagi ke?" haziq tetiba bersuara....
apabila haziq dah mengadu letih... aku batalkan niat nak jumpa manager bagai...
aku pun dalam retail line dulu... kadang-kadang kita dah nyahaktifkan... tapi dia tetap nak bunyi jugak...
aku rasa cip tu ada dlm body barang tu... malas aku nak unscrew... atau ada cip yang kadang kadang disalahtafsir oleh alat pengesan... malu? agak lah jugak.... :)
Hamboih, nak cakap dengan manager teruih.
ReplyDeletehehehe... nak cover malu... cakap laaa nak jumpa manager... ngeh ngeh ngeh...
ReplyDelete