KONTRASEPTIF
Apa itu kontraseptif?
Satu kaedah untuk mencegah kehamilan.
Fakta kontraseptif
Kebanyakan pengguna kontraseptif akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.
Penggunaan kontraseptif di negara ini telah dibincangkan dengan meluas. Ia tersedia untuk pasangan yang sudah berkahwin.
Pengetahuan mengenai kontraseptif di kalangan remaja sangat penting kerana bilangan remaja yang terlibat dengan aktiviti seksual semakin meningkat.
Remaja digalakkan mendapatkan nasihat orang dewasa atau anggota kesihatan mengenai kaedah kontraseptif yang sesuai bagi mereka.
Ada dua kaedah kontraseptif:
Kaedah kontraseptif bukan hormon
Kaedah kontraseptif ini tidak menggunakan hormon dan tidak mempengaruhi kitaran haid.
Menjadi "penghalang" ke atas sperma.
Menjadikan keadaan rahim tidak sesuai untuk sperma.
1. Menahan diri dari persetubuhan ("Abstinence")
- Apakah dia: Tidak melakukan persetubuhan sama ada secara seperti berikut:
- Oral
- Faraj
- Dubur
- Bagaimana ia bertindak:
- Dengan tidak melakukan persetubuhan, kehamilan tidak akan berlaku
- Kaedah ini paling berkesan 100% untuk menghalang kehamilan
- Kebaikan:
- Remaja yang tidak terlibat secara aktif dengan aktiviti seksual, mereka digalakkan mengamalkan kaedah ini kerana kaedah ini paling berkesan di dunia
- Kaedah ini akan menghalang kehamilan yang tidak dirancang dan mencegah daripada mendapat penyakit kelamin
- Kelemahan:
- Menahan diri dari persetubuhan adalah sukar terutamanya bila menghadapi tekanan dari rakan sebaya atau pasangan
- Remaja memerlukan keazaman yang kuat untuk menghadapi keinginan yang sukar untuk ditangani
- Walaupun remaja mengamalkan untuk menahan diri dari persetubuhan, mereka masih perlu untuk mengetahui tentang kaedah amalan kontraseptif yang lain
2. Cara Azal "Coitus Interruptus" (Menarik keluar zakar)
- Apakah dia :Kaedah ini ialah mengeluarkan zakar dari faraj sebelum ejakulasi
- Bagaimana ia bertindak:Disebabkan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, maka tiada sperma memasuki faraj
- Kebaikan :Boleh diamalkan jika tidak ada kaedah lain untuk digunakan
- Kelemahan :
- Memerlukan kawalan diri yang tinggi dari pasangan lelaki
- Risiko kehamilan meningkat jika ejakulasi dilakukan semasa penarikan keluar atau di luar pintu faraj
- Ia boleh mengganggu kepuasan seks kedua pasangan
- Tidak menghalang jangkitan kelamin
3. Kaedah Halangan
Kondom untuk lelaki
- Apakah dia: Sarung getah yang menutupi zakar dan mengumpul air mani
- Bagaimana ia bertindak:
- Mencegah kehamilan dengan menghalang sperma dari memasuki faraj
- Ia juga mengurangkan risiko jangkitan kelamin
- Kebaikan:
- Murah, mudah diguna dan boleh menghalang kehamilan
- Mencegah sebahagian daripada jangkitan kelamin
- Mudah didapati di kedai runcit dan farmasi tanpa perlu preskripsi dari anggota kesihatan
- Kaedah ini popular dan boleh diterima kebanyakan remaja
- Kelemahan :
- Untuk mendapatkan kesan yang efektif, kondom mesti disarungkan ketika zakar sedang menegang sebelum penetrasi berlaku
- Kadang kala kondom boleh terkoyak atau tercabut ketika dikeluarkan
Kondom untuk perempuan
- Apakah dia: Sarung plastik dengan gelang yang fleksibel di kedua hujungnya yang dimasukkan ke dalam faraj
- Bagaimana ia bertindak:
- Ia berfungsi untuk menutup saluran faraj
- Gelang yang di hujung tertutup dimasukkan ke dalam faraj, manakala gelang yang hujungnya terbuka ditetapkan di pintu faraj
- Kondom ini mengumpul air mani sebelum, semasa dan selepas ejakulasi
- Ia menghalang sperma daripada memasuki faraj
- Kebaikan :
- Selain mencegah kehamilan, ia juga dapat mencegah sebahagian besar jangkitan kelamin
- Ia menjadikan wanita berkongsi tanggungjawab mencegah jangkitan
- Kelemahan :
- Perlukan latihan untuk memasukkan kondom ini dengan betul
- Gelang yang hujungnya terbuka mungkin termasuk ke dalam faraj semasa persetubuhan
- Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan iritasi pada faraj
- Ia tidak mudah didapati seperti kondom lelaki dan tidak popular di kalangan remaja
Spermisid
- Boleh didapati dalam bentuk pil yang akan berbuih, jeli atau krim
- Ia dimasukkan ke dalam faraj sebelum persetubuhan
- Ia bertindak dengan mematikan sperma atau menyebabkan sperma tidak dapat bergerak untuk persenyawaan
- Ia mudah digunakan tetapi tidak efektif untuk menghalang kehamilan
- Ia boleh mencegah sebahagian penyakit kelamin tetapi tidak dibuktikan dapat menghalang jangkitan HIV
Diafragma dan penutup serviks
- Keduanya merupakan penutup getah yang lembut, dimasukkan ke dalam faraj untuk menutup pangkal rahim atau serviks
- Penutup serviks bersaiz lebih kecil
- Kedua-duanya bertindak dengan menghalang sperma dari memasuki rahim
- Perlu berjumpa doktor untuk menentukan saiz yang sesuai dan remaja perlu dilatih bagaimana cara untuk menggunakannya
- Ia boleh digunakan bersama spermisid untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
- Ia dimasukkan beberapa jam sebelum persetubuhan
- Ia boleh mencegah sebahagian daripada jangkitan kelamin tetapi boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan pada saluran air kencing
- Perlu dibasuh dan dibersihkan selepas digunakan dan mesti disimpan dengan betul
4. Alat Dalam Rahim (ADR)
- Apakah dia:
- Alat yang kecil berbentuk 'T' yang dimasukkan ke dalam rongga rahim
- Terdapat tali kecil pada alat dalam rahim yang terjulur keluar pada bahagian atas faraj dan dapat dirasai oleh wanita
- Alat dalam rahim boleh diperbuat dengan batang kuprum atau hormon
- Bagaimana ia bertindak:
- Diletakkan dalam graviti rahim (3-5 tahun)
- Dapat mengurangkan jangka hayat serta pergerakan sperma
- Dengan adanya rod hormon, ia boleh mencegah persenyawaan berlaku dan melekat pada dinding rahim
- Kebaikan:Berkesan serta merta dan bertahan untuk jangka masa lama (3-5 tahun)
- Kelemahan:
- Memerlukan anggota kesihatan yang terlatih untuk memasukkan dan mengeluarkan alat ini
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Boleh menyebabkan masalah haid seperti senggugut dan perdarahan yang banyak
- Tidak digalakkan untuk remaja
Kaedah Kontraseptif Hormon
Kaedah ini menggunakan hormon untuk mencegah ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).
Ia juga bertindak mengganggu persenyawaan antara sperma dan telur.
1. Pil Perancang
- Apakah dia:Pil perancang ini biasanya mengandungi dua jenis hormon:
- Estrogen
- Progesteron
- Bagaimana ia bertindak:
- Pil ini diambil setiap hari selama 21 hari dan kemudian berhenti selama 7 hari supaya haid berlaku
- Pil ini mencegah kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur
- Kebaikan:
- Menghalang kehamilan dengan efektif
- Menjadikan kitaran haid lebih teratur dan pendek
- Mengurangkan kembung
- Mengurangkan senggugut semasa haid
- Mengurangkan jerawat
- Kelemahan:Pengguna pil perancang perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari, jika tidak:
- Tidak akan dapat mencegah kehamilan
- Menyebabkan haid tidak teratur
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Menyebabkan sedikit kesan sampingan seperti sakit kepala
2. Suntikan Depo-provera
- Apakah dia:Suntikan hormon (progestin) ke dalam otot setiap tiga bulan
- Bagaimana ia bertindak:
- Seorang wanita akan disuntik pada bahagian lengan atau punggung
- Ia disuntik sekali dalam masa lima hari pertama haidnya
- Selepas suntikan pertama, ia akan disuntik semula setiap 11-13 minggu kemudian
- Hormon ini akan memekatkan mukus/lendir pada pintu rahim dan menjadikan sperma susah untuk masuk
- Menyebabkan lapisan rahim menipis dan akan mencegah kehamilan berlaku
- Kebaikan:
- Mencegah kehamilan setiap tiga bulan
- Berkesan serta merta
- Mengurangkan perdarahan haid
- Boleh menghentikan haid terus
- Kelemahan:
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Boleh menyebabkan gangguan kitaran haid atau perdarahan tidak menentu
- Kenaikan berat badan
- Mengurangkan kepadatan tulang dan kesannya hilang hanya selepas 12-14 minggu selepas tarikh akhir suntikan
3. Implan Hormon
- Apakah dia:Implan sebesar saiz mancis yang mengandungi hormon (progestin) dimasukkan di bawah kulit pada bahagian sisi dalam lengan
- Bagaimana ia bertindak:Ia mengeluarkan sedikit hormon sepanjang 3-5 tahun
- Untuk mencegah persenyawaan
- Memekatkan lendir/mukus di pintu rahim
- Menipiskan lapisan dalam rahim
- Kebaikan:
- Ia menghalang kehamilan selama beberapa tahun
- Tidak perlu ingat untuk mengambil pil setiap hari
- Kelemahan:
- Ia memerlukan anggota kesihatan yang terlatih untuk memasukkannya
- Sangat mahal dan menyebabkan haid tidak teratur
- Tidak digalakkan untuk remaja
4. Tampalan Hormon
- Apakah dia:
- Tampalan("patch") yang tipis dan lembut mengandungi 2 hormon (progestin dan estrogen)
- Ia ditampal di bahagian atas bahu, punggung, perut dan bahagian atas lengan setiap minggu selama 3 minggu
- Menipiskan lapisan dalam rahim
- Bagaimana ia bertindak: Hormon diserapkan ke dalam badan untuk menghalang pengeluaran telur (ovum)
- Kebaikan:
- Mudah digunakan
- Tidak bahaya
- Kelemahan:
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Kesan sampingan seperti
5. Gegelang Hormon
- Apakah dia:
- Gegelang kontraseptif mengandung hormon yang fleksibel berukuran 2 inci
- Dimasukkan ke dalam faraj setiap bulan
- Bagaimana ia bertindak:
- Ia mengandung hormon estrogen dan progestin yang menghalang ovari mengeluarkan telur
- Gegelang ini diletakkan ke dalam faraj selama 21 hari dan dikeluarkan untuk perdarahan haid berlaku selama 7 hari
- Kemudian gegelang baru dimasukkan semula untuk kitaran haid seterusnya
- Kebaikan:
- Mencegah kehamilan selama sebulan
- Tidak perlu memakan pil, hanya perlu ingat memasukkan gegelang baru setiap bulan
- Kelemahan:
- Merasa tidak selesa semasa pertama kali memasukkannya
- Iritasi boleh terjadi pada faraj dan rahim
- Tidak mencegah jangkitan kelamin
- Boleh meningkatkan pengeluaran lendir/discaj dari faraj
- Gegelang boleh terkeluar dan perlu dimasukkan semula
Kontraseptif Kecemasan ("Emergency Contraceptive")
Apakah dia:
- Kaedah kontraseptif kecemasan ini adalah untuk mengelakkan kehamilan selepas persetubuhan berlaku tanpa menggunakan sebarang kaedah kontraseptif
- Contohnya: tidak menggunakan kondom atau apabila dirogol
Ada 2 kaedah kontraseptif kecemasan:
1. Pil perancang kecemasan
Pil perancang terbahagi kepada dua kumpulan:
- i. Kombinasi estrogen dan progestin
- ii. Pil progestin
- Ia boleh diambil selewat-lewatnya 120 jam kemudian (5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif) tetapi lebih berkesan jika diambil dalam masa 72 jam (tiga hari) selepas persetubuhan
2. Alat dalam rahim
Dari kuprum boleh dimasukkan ke dalam rahim dalam masa 5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif.
Ia dikeluarkan selepas haid berikutnya atau dibiarkan di dalam sehingga 3 atau 5 tahun berikutnya untuk menghalang kehamilan.
- Untuk pil perancang kecemasan, ia perlu diambil satu dos dan 12 jam kemudian
- Sekiranya telah hamil, pil ini tidak akan mengganggu kehamilan
- Hormon bertindak mencegah pengeluaran telur, persenyawaan dan implementasi telur yang telah disenyawakan
- Alat dalam rahim (ADR) dimasukkan dalam masa 5 hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan kaedah kontraseptif dengan menghalang implementasi
- Boleh menghalang kehamilan yang tidak dirancang selepas persetubuhan tanpa perlindungan
- Mengurangkan kehamilan tidak dirancang dan juga keguguran
- Ia tidak dapat mencegah jangkitan kelamin
- Pil perancang kecemasan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:
- Loya
- Sakit pada payudara
- Pendarahan haid yang tidak teratur
- Sakit kepala
- Alat dalam rahim adalah tidak sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai lebih daripada satu pasangan
- Berisiko untuk mendapat jangkitan kelamin kerana alat tersebut boleh menyebabkan jangkitan pada organ reproduktif wanita
No comments:
Post a Comment