Tuesday 19 May 2009

Blueberry Cheese Cake and Nasi goreng Cina


Blueberry Cheese Cake
aku dalam proses nak adakan bahan bahan... minggu depan baru masyuk balik... hahahahaha... celaka zubir yahya penipu, melayu punya janji, ni melayu tak boleh pakai nih janji RM2500 peh tu RM1500... Janji hujung bulan then about 6th of May... then tangguh next week selewat-lewat hari jumaat... tui!!! so tiada lah angan angan nak gi Redang ye makcik!!!... jom belajar buat kek keju... suami makcik suka nih... he he he... daripada beli kat secret recipe or king baik buat... puas perut kan...

Bahan-bahan ( 8cm )

* 250g x 2 Philadelphia Cream Cheese
* 400g Condensed Milk
* 2 3/4 tbs gelatin } larutkan dlm air panas 1/2 cup hot water }
* 1tsp lemon zest
* 2 tbs lemon juice
* 1 cup crushed biscuit
* 1/2 cup melted butter

Cara-cara

1. Campurkan biskut hancur tuh ngan melted butter then press kat base loyang utk cheesecake tuh. pastu masukkan dalam peti ais.
2. Dalam mixer bowl, pukul cream cheese sampai smooth.Then masukkan susu, gelatin (yg dah larut), lemon zest, lemon jus pukul lagi sampai sebati.
3. Masukkan adunan cheese tadi kedlm loyang biskut pastu masuk dlm esbok. Dlm 1-2 jam baru letak topping blueberry.
4. Tips: ** kek nih kena chill semalaman baru dia keras elok jek. ***utk topping tuh, larutkan skeet agar2 serbuk dan campurkan dgn blueberry filling tuh utk menghasilkan topping yg cantik (tak sememeh)


nasi goreng cina
anak aku si haziq amirul haq memang suka dengan nasi goreng cina... ni aku nak belajar... khas untuk menu sempoi esok!!!

Bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
2 biji telur
udang
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
keropok
minyak
garam

Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad dan keropok.

4 comments:

  1. dah siap nanti, nak sikit ek..jgn makan sorang2 je...kedekut!

    ReplyDelete
  2. kegomaran den cheese kek tu. Minggu ni nak cuba lah. Alahai... bertambah kurus lah den! (Tak leh cakap g**** tu...)

    ReplyDelete
  3. norman:
    ok.. nnt saya post

    kak zara:
    boleh je makan... susah lah pulak nak mengurangkan lemak eh!

    adam:
    makan je kalau dah laapr

    ReplyDelete