Wednesday 27 May 2009

Pucuk Paku bermeter

ini adalah meter rumah makcik sebelah... warnanya kuning. tetapi pagi tadi suami aku terperasankan meter rumah kami sudah bertukar kepala dari warna kuning kepada warna hitam seperti gambar di bawah. Mengapa? Oh aku terlupa pula nak buat panggilan ke Syarikat Air Melaka Berhad di talian 1-800-58-5800. oH lagi... tidak mengapa... setelah ku selidik bil bulan ini juga bulan lepas... Jenis Bacaan ialah A03. Di mana maksudnya ialah Meter Rosak... oH LaGi!!! patutlah bil air bulan ini masih lagi RM12.50... sudah 3 bulan rasanya bil air sama sahaja iaitu RM12.50... Rupanya meter air di rumah ini sudah rosak.... aku pelik sebelum nh... kenapa bil air hanya RM10 then RM12.50 untuk 3 bulan. Aku berkira kira kononnya aku pakai mesin basuh auto tu jimat air... Kemain berlagak seorang isteri menghebahkan betapa bagusnya sang isteri menggunkan air sehingga bil air hanya RM12.50... hari ini baru terbongkar... Meter Rosak!!! selalunya bil air kena sampai RM30. aku kan rajin buang air... cuci dapur!!! Cuci Rumah!!! anak anak pun rajin buang air...




gambar di atas ialah gambar buah pisang. di bawah pula pucuk paku. Sedang aku sibuk mencari resepi... tetiba ku terdengar bunyi SMS...its written "we are about to reach your house"!!! oh tidak... ibu mertua ku akan sampai bila bila masa, waktu itu... dah lah aku tak masak hari ini!!! siap order (1300131300)... ha ha ha... kantoi aku dengan ibu mertua!!! he he he... pon pon.. bunyi motor MAMAT MC D... masa itu jugak lah ibu mertua ku sampai... he he he... ibu mertua ada belikan kudap kudapan... sempat ibu mertua ku dan pak cik memberi idea untuk dibuat apa dengan pisang muda. Masak Lemak Cili Api kata pakcik...manakala ibu mertuaku pula memberi idea kepada ku bagaimana mahu menyiang pisang muda itu... bila lah aku nak masak... esok may be aku sibuk dan jenuh kepala otak nak pikirkan nak amik balik lesen kereta dan motor... mampukah aku? hai darah gemuruh pergi lah kau jauh dari hidup ku.......... biarlah aku pandai dan berani bawak kereta dan motor... agar aku senang nak bershopping ... sebenarnya kau dapat Pisang Muda ini dari novelis muda Zara Aluwi dengan karyanya yang bertajuk belahan jiwa... macam mana aku boleh dapat pisang muda dari kak zara?.. anda boleh lah mengunjungi laman blog anaknya zaid... disitu diperihalkan segala...

terima kasih pada kak zara kerana sudi belanja makan ikan bakar dan berkongsi ilmu!!! sebelum ibu mertuaku meneruskan perjalanan ke johor... beliau sempat berpesan kepada kami... JANGAN LUPA PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBELA NASIB MELAYU!!! siap nyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API... ibu mertuaku mmg sporting... tapi asal datang mesti sibuk cerita pasal UMNO...letih anak mak oi...

4 comments:

  1. Bila kita dah buat perjumpaan ini, ramai pula yang minta akak buatkan pertemuan untuk bloggers. Akak bab-bab buat jemputan ni, ada lemah skit. Tentu banyak kerja nak buat.

    Memang patut pun dipantak ke telinga generasi muda ni tentang peristiwa berdarah ni. Tentang bagaimana orang-orang Melayu pertahankan keselamatan negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  2. ooo... meter rosak... baik jejaga bil air lepas nie takut problem.. sebab selalu juga problem kalo ada tukar meter nie.. hehehe aku kan jaga projek air dulu.. tapi untungla rm12.50 tue adalah purata keseluruhan bila air yg ko pakai selama nie..

    ReplyDelete
  3. saudara admin,
    lagu yg dinyanyi tu tak sama dengan lirik asal.
    kiranya telah diubah rentak dan liriknya. sedih saya bila dengar, sebab Rasa "MELAYU" dah tak sampai.

    ReplyDelete
  4. kak zara:
    busy layan anak anak... tak de masa nak membalas komen dari bloggers yang lain.
    perjumpaan itu?... leceh nak buat... hek hek... kdanag dah kita ok.. last last minit ada hal lain.. he he he

    semangat patriotik pula, erm.. erm...erm...

    juejune:
    aku kena jejaga ah pas nieh eh

    dunia mistik:
    saya tak pernah dengar lagu itu, mak mertua saya datang rumah dia nyanyi lagu itu, so saya cari lah lagu itu. nnt ada masa saya akan cuba mencari keaslian nya ye...

    anyway thanks!!!

    ReplyDelete