Friday 8 May 2009

tag from ZARA ALUWI

hari ini hari menjawab tag ya!!! kali ini dari Zara Aluwi

1. Apakah perkataan pertama sekali anda ucapkan kepada si dia dan kemudian menjadi suami anda.

tak ingat... masa tu kelas bahasa inggeris (Kursus Jangka Pendek Lepasan SPM-Akademi Infotech MARA, Medan MARA)... cikgu Syarifah Latifah, buat satu game... game yang kena tanya kat setiap pelajar satu soalan dan mesti dijawab... dan mesti tulis kat buku... tak terjangka dek akal dia jadi suami... lain yang di ngorat lain pulak jodohnye... he he he

2. Sila berikan dua contoh alat-alat atau sumber yang anda gunakan atau lakukan untuk memudahkan kerja anda. Tak kisahlah apa alat atau sumber sekali pun asal boleh diaplikasikan.

a) Membuka pintu rumah atau kereta

kunci dan kad

b) Mencucuk plug soket

plug lain dan/atau pen kilometrico

c) Simpan air minuman

jag dan botol air kekokele

d) Ketika blackout

pasang lilin dan bukak lampu kereta

e) Meluahkan rasa hati

cerita gegila dalam blog khas untuk luahkan perasaan atau/dan nangis guna airmata

f) Siang ikan

"abg, kalau beli ikan, siap siangkan tau" atau "kenapa tak siangkan?... abg tolong siangkan"

g) Susah hendak buang air besar

minum air masak banyak banyak dan minum air vitagen

h) Di mana anda simpankan dokumen penting

x-file (yang bagak bagak) dan beg duit (all the receipt-cukup tiga bulan buang)

i) Katakan ribut melanda dan pakaian anda melayang sama, apa yang patut anda tutup bagi mengelak rasa malu

heh?... tutup mulut!!! hahaha... tak pe kain dijemuran je yang melayang bukan kain di badan... baju bersarung dan kain / seluar bersarung pun leh terbang ke?... kuh kuh kuh

j) Apa yang anda guna untuk potong kuku

manicure branded nail clipper / cap ayam nail clipper

k) Melihat waktu

waktu siang atau waktu malam saya tgk keadaan... kalau cerah waktu siang, kalau gelap waktu malam takpun kalau gelap tu maknanya awan hitam berarak perlahan... he he he he

l) Kalau badan terasa panas

minum air sejuk dan mandi

m) Ternampak pencuri

alat peti suara akan menjerit..."PENCURI" dan alat deria melihat akan buat tak tau kot...

n) Kalau terjumpa duit RM50.00 dalam longkang yang dalam, bagaimana anda ingin mengambilnya

alat apa ek?... alat peti suara kot... "alamak dik, duit akak terjatuh lah... tolong ambilkan..." tak pun hish.. tak berani na ambil mana tau duit tu duit yang telah disihirkan... siapa amik nnt dia sakit mata... ha ha ha .. tetiba teringat masa kalau kena ketumbit... amik duit 50 sen tepek kat mata yang ada ketumbit then baling kat mana mana.. siapa amik diakena ketumbit...

o) Soalan akhir masa tidur apa yang anda suka peluk?

hai soalan... hai jawablah!!! kedua dua zuriat ku dan suami ku!!!



Soalan: 10 Fakta mengenai diri anda.

  1. seorang peremuan sejati
  2. anak kelahiran ulu yam lama selangor yang berkahwin dengan anak kelahiran kuala kangsar perak
  3. ibu kepada dua orang lelaki yang mana nama anak anak lelaki ada signature HAQ (harapan agar mereka dapat zuriat nanti kekalkan nama rabah seperti ayah kalian ye... mamat rabah bin mustapha kamal badsha bin abdul rabah)
  4. anak sulong daripada 4 adik beradik
  5. dikala mengganas amukan tak ingat... dikala duka cengeng melampau
  6. 2009 menganjak angka usia ke 30
  7. sensitif
  8. peramah
  9. banyak cakap
  10. kue teow goreng dan air sirap limau itu nyata

2 comments:

  1. Terima kasih xillix menyahut cabaran Tag dari akak tu... akak terkekek-kekek ketawa baca terutama pada jawapan 2(n) bab bila jumpa duit 50 hinggit tu... betul ke boleh kena ketumbit...

    ReplyDelete
  2. bab ketumbit ni tak tau lah... orang dulu dulu kan...

    ReplyDelete