Sunday, 30 September 2012

KOC M9229


 

sambil dengar lagu-lagu hindustan, [layan hindustan pulak aku pagi pagi buta ni]... oh yea sambil aku dengar lagu aku edit gambar yang aku ambil sepanjang perjalanan tadi ala ala kadar aje...sempat jugak aku snap gambar air milo kat bawah ni. lapar sangat. minum milo pun dah ok. nekad lapok, dah kembali semula. misi mengempiskan perut itu wajib. [mari mendisiplinkan diri]


hari ini aku dan adik-adik perempuan aku serta anak anak, menjengah kubur arwah mak. dah 40 hari mak pergi... lepas kenduri, aku tak jengah tengok keadaan kubur mak... ada masa ni aku jengah sekejap.... alhamdulillah...

Tanah Perkuburan Islam Hulu Yam Lama
then, terus balik kampung, sampai dah pukul 630 petang kot. lambat gila. adik aku si siti dari UPSI Tanjung Malim gerak jam 11 pagi sampai KL dah jam 12 tengah hari... amik aku dulu, then kami ke Pandan Indah. Amik angah dan anak anak kami. then ke bengkel isa amik kereta mak...

Hulu Yam Lama / Ulu Yam Lama
dah amik kereta arwah mak, kami terus shoot ke Ulu Yam... lalu Jalan Kuching, then singgah beli rojak. maktam nak rojak. lepas tu cari bunga pulak kat pekan rawang... sampai kubur dah nak dekat pukul 6 petang... aku berpesan pesan, kedatangan kami hanya untuk menjengah barang sebentar sahaja... sebab aku dah lama tak jengah. tiada kesempatan. rabu lepas memang ada turun, tapi lalu aje, tengok keadaan. alhamdulillah.... :)
jalan masuk kampung

sampai rumah kat kampung dah jam 630 petang kot... mandikan anak anak dan anak anak buah aku, then kami makan rojak yang di tapau di jalan kuching.... then aku siap siap nak balik sentosa. lepas 3 rakaat dikerjakan, aku kirimkan bacaan lazim buat arwah...


rojak @ jalan kuching

sampai stesen komuter batang kali jam 8:04 malam... last komuter ke rawang jam 8:11 malam. nasib aku ajak hantar kan awal... poyo si siti... katanya komuter last jam 9 malam. "budak budak upsi selalu je naik tanjung malim jam 9 malam"....  itu nak ke tanjung malim memang lah adik oi.

nasib baik sempat... kalau tak sempat samada naik bas mini atau metro turun rawang then menapak ke stesen komuter rawang pulak... MEMANG TAK NAK...

Stesen Komuter Batang Kali


KOC Wanita

Stesen Komuter Rawang

Tiket Perjalanan Batang Kali - Petaling

Tom

KOC M9229

Stesen Komuter Putra

Stesen Komuter Petaling
jalan kaki

Saturday, 29 September 2012

Hari ke Empat Puluh

29 09 2012 @ 12:30am

apabila bismillah di mulakan
dia berbicara
berbicara dengan tuhan
bertanya tentang silam

air mata tidak mampu di tahan
jatuh jua bergguguran...

helaian pertama...
sangat kacau bacaan

tiada siapa
lengang
tiada siapa yang kacau

bacaan tidak lancar...

Ya Allah
kuatkan semangat dia
beri dia kekuatan

ulang semula bacaan
hingga ke akhir surah...

ketawa yang dilontarkan
senyum yang dilemparkan

apa kau tau di lubuk jiwa, ia kelam
apa kau tau di benak fikiran, ia masih tidak keruan
apa kau tau di dalam diam, ia beralah

semua telah tertulis
dia pasrah dan terus tabah
moga kekuatan masih bersisa di dalam diri










Thursday, 27 September 2012

Felis Catus

cute. renungan tak tahan.

jam kat dinding 1130 malam, cepat 15 minit pun, tetap bangun lambat... itu biasa...
konon kalau kita cepatkan masa... kita akan bangun awal... tak de makna...


sekarang duk depan pc mengadap monitor.
sambil jari-jemari ku yang agak tak kurus ni ke sana sini. menaip.

suasana agak panas.

# tengok FB kejap. ada notification plak.
# oh. mak tam tepeng tinggalkan comment. kita dah balas.

:)

update blog. sambil juga menghirup milo suam yang telah di tarik bertarik tarik.
update blog. sambil juga kat telinga, di sumbat dengan irama dan terliuk lintuk.

:)
lovementik. ouch!


kali ini tajuk entry kita ialah Felis Catus. itu bahasa saintifik. bahasa melayu nya yang tak saintifik ialah kucing.

kenapa nak cerita kucing. padahal aku tak suka kucing datang kat aku. aku tak suka kucing duk terjengket-jengket kat aku. aku tak suka kucing duk gesel gesel kat aku. kalau itu terjadi, satu dunia dengar aku menjerit! hahahaaaa... itu reaksi spontan... bukan di buat buat.

minta maaf sangat kepada pencinta kucing.

bukan aku tak de orang terdekat yang jaga kucing macam jaga anak sendiri.
bukan aku tak de orang terdekat yang sayang kucing sampai berhabisan duit.
bukan aku tak de orang terdekat yang berpesan "kucing tu kalau kau nak tau, adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W."

aku bukan tak suka langsung. cuma, bila dia dekat duk jengket jengket kat kita. geli! cuma bila dia duk gesel gesel kat kita... geli.

hahahahaaaa... kat opis dah ada geng jerit jerit bila ada kucing duk gedik gedik nak dekat!!! jerit itu spontan. aku faham bila ada orang menjerit bila kucing datang dekat... tapi kalau jauh jauh relax aje... siap sakat ngan lidi penyapu, nak tengok kucing tu menggedik gedik nak capai lidi... kalau ada reben lagi seronok....

meeeeooooowwwwwwwwwwwwwwww!!!


comel adan tidur... lepas susu

ini kucing kak ayu. kak ayu cari kucing ni sampai dapat sebab kucing ni asyik menangis je... gambar kat atas... adan lena selepas di beri susu... comel dia tidur.



Monday, 24 September 2012

Jerawat

Dalacin-T... aku guna yang belah kiri sekali
tetibe... nak cerita pasal Dalacin-T...
dulu... dalam tahun 1997-1998... jerawat gila beranak kat muka aku... penuh muka dengan jerawat... amik gmbr nak masuk U atau pun buat amal Sukarelawan Projek Sandwich terbesar,, malu. sebab jerawat yang memang beranak pinak tu nampak dalam gambar... kalau dah dalam gmbr nampak apalagi live kan...

sukarela


risau.
anak dara muka cenggitu
lepas tu ada member kenalkan pasal produk dalacin-t ni.
alhamdulillah.. bagus. tak de dah jerawat yang beranak pinak...

sesekali dia beranak jugak... hehehe

maklumat lanjut berkenaan Dalacin T topical solution/lotion (clindamycin) di sini 



Mandi Malam... Ahhhh Leganyaaaa

Dah bulan Zulkaedah...
pantas.

Aku baru sahaja lepas mandi. Motif nak cerita? Saja.... Kalau arwah mak ada lagi ni, bising dia tak kasi mandi malam.... mmm.. tapi tak leh tidur lah kalau tak mandi. Badan berpeluh dek kerja kerja rumah. dah selesai semua... hari dah berganti hari... melepasi jam dua belas malam...baru boleh mandi... sangat selesa untuk tidur apabila badan dah bersih... dapat mandi malam kat kolam air panas lagi segar rasanya....

Orang kata mandi malam tidak bagus... mengundang penyakit... Paru-paru berair... aku bukan tak nak ambil peduli tentang kata kata orang terdahulu... macam "tak boleh potong kuku waktu malam"... kalau kita potong nanti takut terpotong jari pula... dulu mana ada letereeeeek... tak nampak... kan? so...sama juga hal nya dengan mandi malam.... zaman dulu, ada ke bilik air dalam rumah? dalam bilik tidur??? tak de kan? tu yang susah nak mandi malam... kan?

rendam dalam tab pun cara gak nih

degil kan?... orang tua tua kata tak elok... aku mandi jugak... nak nak lagi bila aku baca entry ini : Mandi pada waktu malam tidak memudaratkan

hahahaaaaa...
#dah mandi baru best nak tidur... tapi mata tak boleh pula nak lelap... itu yang mengadap pc ni...

Saturday, 22 September 2012

sehari bagaikan setahun lamanyaaaaa...

sejuk dingin pagi ini
aku masih segar di sini
tanpa mereka di sisi

jauhnya kalian dari mata
namun di hati terlekat pekat
perit yang ku sekat
semakin dihambat

apabila kita kian menjarak



tetiba jatuh hati dengan lagu ini...mmm.. kat luar hujan....


kita kian menjarak...
kau dengan haluan kau
aku dengan laluan aku
bagaikan garisan selari.
mana mungkin bertemu
tetapi keajaiban 
paksi XY terikat mati

kau lelah
aku lagi  lemah
kau desak aku mendesak
tiada yang damai

#ini bukan lirik lagu muara hati

lagu terkadang membahagiakan
menipu diri
mengheret duka ke lubuk sengsara

biar terukir manis di bibir
biar sendiri mengharungi...

#ni kat bawah baru lirik lagu muara hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Monday, 17 September 2012

empat titik dua puluh enam pagi


September...
telah lewat lima belas hari

Masa...
kau berlalu... tidak menunggu...

Aku...
masih mengira...
masih tiada...

Dia...
masih begitu
masih peduli tidak

Mereka...
kerap bertanya...
aku menjawab titik noktah

Aku...
terus berbahasa basi
di balik senyum

Dia...
tetap tegar

utuh pendirian

Mereka...
biarlah tidak ketahuan

Nuffnang dan Menara Glomac tidak mungkin bersatu



malam ni mood nak update blog mencanak. mata pulak segar. dengar pulak lagu ni kan... lagi laaaaa tak boleh nak tidur... minggu ni encek suami sibuk dengan shooting behind the scene untuk filem hantu... :|

oh yea... duit nuffnang yang aku duk kecoh kat entry yey.. dah timbul dah habis dah aku pakai... beli apa? jenjalan je petang tadi...

cek (jenuh duk setting kasi horizontal)

Beli majalah ni... cantik hasil di dalamnya... lepas tu beli barang sikit buat start up modal....
gambar kat bawah ni, masa ni aku tengah tunggu bas... nak gi cuci gambar... aku tak pasti... selenggara apakah yang sedang di lakukan masa ni...


aku berhenti kat central market... pergi cuci gambar... lepas cuci gambar... aku pergi jalan masjid india... jalan kaki lalu masjed jamek ni...


lepas tu perut lak lapoooooooooooooooooooooo... singgah meng whoppering kan diri...

whopper


lepas makan cari barang untuk jualan... then balik... naik LRT turun kat Taman Jaya...
then aku terima call dari seorang sahabat yang sibuk dengan lokasi interview... mintak tolong aku. teman kan.
kenapa aku? waaaaaaarghhhh... aku tak pandai.. tapi sukar untuk aku tolak... aku pun snap ah gambar yang aku gugel... tak sama pulak dengan yang dia print... haih... lepas tu kami sepakat ikut direction member... sesaaaaaaaaaaaaaaat jugak... then call... and at last... alhamdulillah...

aku bukan co-pilot yang bagus... sebab.. aku kompem tidur bila gi mana mana bila naik kereta dengan encek suami... naik kereta kiton pun aku tidur.. naik kereta awin pun aku tidur... tapi demi sahabat... aku letak tepi semua... kena marah ngan datok harimau pun aku tak kisah bila balik lewat jam 2 pagi...

bila masing masing henpon tak canggih... yang aku pulak baru hilang henpon... haih... bila jumpa... sengeh macam kerang busuk memasing...

shopping!

Menara Glomac

Maxis wireless internet lite 4GB & Streamyx 1MB pakej


Bill Maxis Wireless Internet Lite 4GB
saya ada dua bill untuk "layar impian"... tapi saya tak heran pun... saje je nak story mory kat sini... sebab saya pernah jumpa ada pelanggan jalur lebar di luar sana ada banyak akaun... pernah dapat sampai 150 akaun atas satu nama? nak buat laporan sikit tak pening kan?
#siapatakkelamkabuttusayatabikspringlaaaaaaa

kenapa ada dua?... jawapan mudah - BACK UP PLAN! kalau streamyx ni buat hal (pernah buat hal sejak duduk umah mak di sentosa ni - tapi satu kali sahaja ok!)... so kalau dah streamyx buat hal boleh guna Maxis wireless internet... kan? Kereta baru boleh rosak... apa lagi benda hari hari kita lenjan...

"Merintis Kemungkinan"



Bill Streamyx

Bila tenet down (yang sekali tu lah dia buat hal)... jiwa raga sangat marah... nak buat troubleshoot tak de hal... pulun... last last call jugak 100... bukak report... hasilnya "owh ada masalah dengan cot fibre cable"... nak kena lap katanya...

kalau bukak report... sehari tak mungkin settle... tau...

Dlink Router
Internet Connection Status
Gigih menetapsemula router Dlink
Gigih klik Restart tak jugak dapat - bukak report
sampai sekarang tak de masalah lagi... tapi maxis wireless internet tetap kena ada...
kelemahann guna Maxis wireless internet dia ada quota. tak best.

Friday, 14 September 2012

bila henpOn hilang

semalam... pergi kerja. naik taxi. kelam kabut. sebab dah jam 715 pagi. berdebar takut masuk secara manual lambat. sebelum tu dah memang tertinggal kat iron board. patah balik sebab nak ambil jugak. last last tercecer jugak. dalam taxi. dah dengar ada bunyi jatuh. ingat kan bekalan yang aku bawa. tak terfikir itu adalah henpon ku yang ku letak di riba. call banyak kali... ramai jugak yang tolong call. bunyi nada. tapi tiada yang menjawab. dah silent mode. siapa nak dengar.

tak pe lah. henpon hilang ada je spare. bukan kepujian satu - A1, tapi credit satu - C1.... :) nokia C1.

balik keje jam 730. tumpang EN AZIZ
sampai mid valley
nak buat simcard replacement
kena charge RM10 @ maxis centre level 3 the gardens.

sekarang.... kena lebih hati hati!!! tak mo kelam kabut.

Wednesday, 12 September 2012

yey.. dah timbul

terima kasih nuffnang... yang terapung telah tenggelam
tenggelam ke dalam kolam air
dalam kolam air simpanan aku...

hahaa.... first time setelah bertahun berblog dapat pendapatan
hahah kecoh satu alam kan.... RM51.97 je kooooooooooooooooot

kecoh.



12 SEPTEMBER 2012

pagi syawal kedua
pergimu membuat aku sebak
sebak yang kau ketahui
sebak yang aku ketahui
sebak yang kita ketahui

aku ingat...
dan aku ingat
dan aku ingat kan diri lagi

pujuk pujuk diri
tiada siapa yang pujuk

salah salahkan diri
tiada siapa yang mendalami ke dasar hati

kalau masih ada nafas
pasti banyak lafaz kata terlafaz

selalu
selalu kita raikan tarikh ini
sibuk tanya di pandan
sibuk tanya yang di tanjung
sibuk tanya yang di seberang

sambut dengan "ate"...
warisan mu...

10 june 2012
kali terakhir kita bersalam
kuat genggaman kau
tak banyak "nota"
tapi kau terima
aku merajuk sebetulnya
kita diam tanpa bahasa
kau tau dan kau lepaskan
bila airmata aku mula bergenang

si "ate"  sibuk nak raja buah
aku jual mahal tidak mahu
kau beria ia bangkit ambil beberapa biji untuk kami

sebak...
malam terakhir bila kita berdua...

apakah kau dengar luahan aku
apakah kau rasa ciuman aku
apakah kau  dengar aku berbicara dengan tuhan tika itu

3 kucupan
berkali kali aku bisik kalimah kalimah
berkali kali aku panggil kau
satu pun tidak di balas
aku nampak kau tarik nafas yang sangat sukar
mana aku sangka itu yang terakhir kita berdua malam itu...
pun begitu
alhamdulillah...
3 daripada 4 di sisi kau
tanpa aku... buat kali terakhir pagi syawal kedua

hingga saat ini...
aku masih tak sedap hati
aku masih ralat

tapi

aku ingat...
dan aku ingat
dan aku ingat kan diri lagi

pergi mu adalah yang terbaik...



ate mu


ate mu juga



Tuesday, 11 September 2012

pokai tapi nandos. acane

sebelum masuk nandos kat oug citrus park... aku duduk lepak sambil di debuk debuk dek mesin yang  konon nya pandai mengurut. tak sedap langsung. tapi apa daya.... tak de masa nak gi berurut... ini je lah yang aku boleh buat dalam masa yang singkat. at least keluar jugak angin...


ini anak aku sibuk gak nak duduk and di urut... gegar gegar haziq... hahahahaha...


masuk nandos kami order terus... sbb dah tau nak makan apa... kids meal untuk 2 orang... kemain si haziq nak burger... tapi makan nya nasi aje... aku order 1/4 chicken meal... with 3 side dishes...si bapa pula order chicken pita... (konon)... ice lemon tea 2 gelas... chicken salad...

flavour aku sudah tentu EXTRA HOT PERI PERI... and si bapa mild aje... 

#ni tadi aku masak lemak cili api... mau kena sembur esok kalau si bapa rasa... pedaas giler weyh. aku pun nanges.... hahaha... tapi aku suka...

sambil tunggu makan yang kami order sampai... anak anak dan ayah nya sibuk main OSOM... entah mana idea main osom keluar ular... keluar tanduk... hahahha... yang aku dedulu batu... burung... air...

kalau makan kat nandos kalau tak cecah RM100 tak sah... ni belum tentu PFP masuk sabtu ni.. kalau tak masuk makan maggi aje lah yeee... hahaha

*aku suka extra hot peri peri. kalau order mesti minta extra basting sos yang kat dalam tu semangkuk... ok!

Sunday, 9 September 2012

Duit Raya & Potluck Raya


alhamdulillah team en anwar dapat jugak buat potluck dan menjemput... hehehe... selalu je kena bahan sebab buat potluck tak ajak Ketua Kumpulan lain...hahaha... alhamdulillah... dapat jugak aku "sumbangkan" rendang daging... gambar kat atas ni gambar sebahagian dari ahli Barricade... ida, ina, aku, keciq, en anwar & nurul... yang kat belakang tu salim ngan joe... yang lain lain dah naik sebab ada customer tengah beratur panjang nak buat urusan jaringan antarabangsa... hehehe...


gambar yang ni pulak... saje je aku nak up kan... dapat duit raya tu... Ketua Kumpulan Kewangan bagi semalam... RM2... alhamdulillah... mintak main main... sebab tengook semua staff kewangan dapat duit raya... then aku tanya lah, "kenapa saya tak dapat?..." then salah seorang staff kewangan berstatus kontrak kata... "awak bukan ahli jawatankuasa..."

hahaha.... aku tau mereka bergurau... then aku jawab lagi... "mementang status saya pinjaman di sini... kan?" dan dan itu juga Ketua Kumpulan Kewangan tu bagi aku... hahaha... #tak malu! dah tua minta duit raya... kehkehkeh...



haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... gambar2 kat bawah ni... antara makanan yang dikatakan POTLUCK...
ada nasi impit air tangan ina... kuah kacang, ina juga yang bawa, lemang dengan rendang ayam daripada hannan... nasi minyak + ayam masak merah + sambal telur + sayur acar = nurul bawa... mee bandung daripada shila ngan en anwar... mereka partner pelaburan... :) then ada masak lodeh, desert yang sangat aku minat... daripada ida... lepas tu si salim bawa tembikai... joe pun bawa tembikai tapi ada tambahan lagi satu iaitu buah honey dew... keciq ngan zai buat popia goreng...

memandangkan Balasundaram tidak makan daging/ikan/sotong atau lebih sinonim dengan istilah vegetarian... kami order mee goreng spesel dari kedai Mohd Adam Ali... dan zai bersama keciq buat popia spesel untuk Balasundaram... Hana dengan Thev tak de masa ni... mereka balik kampung... beraya lagi kata mereka (pepandai je kan)...

apapun potluck kali ni, masih mengekalkan sambutan bedey.. kali ini gurgirl dan boboi... ina lahir 4 september... si Balasundaram pulak... lahir 2 ogos... tak dapat nak buat untuk  Balasundaram bulan ogos lepas... sebab.. Ramadhan... heheh... tu sebab ganjak ke bulan september... apa pun best... sangat best... terima kasih semua...