cute. renungan tak tahan. |
jam kat dinding 1130 malam, cepat 15 minit pun, tetap bangun lambat... itu biasa...
konon kalau kita cepatkan masa... kita akan bangun awal... tak de makna...
sekarang duk depan pc mengadap monitor.
sambil jari-jemari ku yang agak tak kurus ni ke sana sini. menaip.
suasana agak panas.
# tengok FB kejap. ada notification plak.
# oh. mak tam tepeng tinggalkan comment. kita dah balas.
:)
update blog. sambil juga menghirup milo suam yang telah di tarik bertarik tarik.
update blog. sambil juga kat telinga, di sumbat dengan irama dan terliuk lintuk.
:)
lovementik. ouch! |
kali ini tajuk entry kita ialah Felis Catus. itu bahasa saintifik. bahasa melayu nya yang tak saintifik ialah kucing.
kenapa nak cerita kucing. padahal aku tak suka kucing datang kat aku. aku tak suka kucing duk terjengket-jengket kat aku. aku tak suka kucing duk gesel gesel kat aku. kalau itu terjadi, satu dunia dengar aku menjerit! hahahaaaa... itu reaksi spontan... bukan di buat buat.
minta maaf sangat kepada pencinta kucing.
bukan aku tak de orang terdekat yang jaga kucing macam jaga anak sendiri.
bukan aku tak de orang terdekat yang sayang kucing sampai berhabisan duit.
bukan aku tak de orang terdekat yang berpesan "kucing tu kalau kau nak tau, adalah haiwan kesayangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W."
aku bukan tak suka langsung. cuma, bila dia dekat duk jengket jengket kat kita. geli! cuma bila dia duk gesel gesel kat kita... geli.
hahahahaaaa... kat opis dah ada geng jerit jerit bila ada kucing duk gedik gedik nak dekat!!! jerit itu spontan. aku faham bila ada orang menjerit bila kucing datang dekat... tapi kalau jauh jauh relax aje... siap sakat ngan lidi penyapu, nak tengok kucing tu menggedik gedik nak capai lidi... kalau ada reben lagi seronok....
meeeeooooowwwwwwwwwwwwwwww!!!
comel adan tidur... lepas susu |
ini kucing kak ayu. kak ayu cari kucing ni sampai dapat sebab kucing ni asyik menangis je... gambar kat atas... adan lena selepas di beri susu... comel dia tidur.
No comments:
Post a Comment