pergimu membuat aku sebak
sebak yang kau ketahui
sebak yang aku ketahui
sebak yang kita ketahui
aku ingat...
dan aku ingat
dan aku ingat kan diri lagi
pujuk pujuk diri
tiada siapa yang pujuk
salah salahkan diri
tiada siapa yang mendalami ke dasar hati
kalau masih ada nafas
pasti banyak lafaz kata terlafaz
selalu
selalu kita raikan tarikh ini
sibuk tanya di pandan
sibuk tanya yang di tanjung
sibuk tanya yang di seberang
sambut dengan "ate"...
warisan mu...
10 june 2012
kali terakhir kita bersalam
kuat genggaman kau
tak banyak "nota"
tapi kau terima
aku merajuk sebetulnya
kita diam tanpa bahasa
kau tau dan kau lepaskan
bila airmata aku mula bergenang
si "ate" sibuk nak raja buah
aku jual mahal tidak mahu
kau beria ia bangkit ambil beberapa biji untuk kami
sebak...
malam terakhir bila kita berdua...
apakah kau dengar luahan aku
apakah kau rasa ciuman aku
apakah kau dengar aku berbicara dengan tuhan tika itu
3 kucupan
berkali kali aku bisik kalimah kalimah
berkali kali aku panggil kau
satu pun tidak di balas
aku nampak kau tarik nafas yang sangat sukar
mana aku sangka itu yang terakhir kita berdua malam itu...
pun begitu
alhamdulillah...
3 daripada 4 di sisi kau
tanpa aku... buat kali terakhir pagi syawal kedua
hingga saat ini...
aku masih tak sedap hati
aku masih ralat
tapi
aku ingat...
dan aku ingat
dan aku ingat kan diri lagi
pergi mu adalah yang terbaik...
ate mu |
ate mu juga |
No comments:
Post a Comment