Sunday, 30 September 2012

KOC M9229


 

sambil dengar lagu-lagu hindustan, [layan hindustan pulak aku pagi pagi buta ni]... oh yea sambil aku dengar lagu aku edit gambar yang aku ambil sepanjang perjalanan tadi ala ala kadar aje...sempat jugak aku snap gambar air milo kat bawah ni. lapar sangat. minum milo pun dah ok. nekad lapok, dah kembali semula. misi mengempiskan perut itu wajib. [mari mendisiplinkan diri]


hari ini aku dan adik-adik perempuan aku serta anak anak, menjengah kubur arwah mak. dah 40 hari mak pergi... lepas kenduri, aku tak jengah tengok keadaan kubur mak... ada masa ni aku jengah sekejap.... alhamdulillah...

Tanah Perkuburan Islam Hulu Yam Lama
then, terus balik kampung, sampai dah pukul 630 petang kot. lambat gila. adik aku si siti dari UPSI Tanjung Malim gerak jam 11 pagi sampai KL dah jam 12 tengah hari... amik aku dulu, then kami ke Pandan Indah. Amik angah dan anak anak kami. then ke bengkel isa amik kereta mak...

Hulu Yam Lama / Ulu Yam Lama
dah amik kereta arwah mak, kami terus shoot ke Ulu Yam... lalu Jalan Kuching, then singgah beli rojak. maktam nak rojak. lepas tu cari bunga pulak kat pekan rawang... sampai kubur dah nak dekat pukul 6 petang... aku berpesan pesan, kedatangan kami hanya untuk menjengah barang sebentar sahaja... sebab aku dah lama tak jengah. tiada kesempatan. rabu lepas memang ada turun, tapi lalu aje, tengok keadaan. alhamdulillah.... :)
jalan masuk kampung

sampai rumah kat kampung dah jam 630 petang kot... mandikan anak anak dan anak anak buah aku, then kami makan rojak yang di tapau di jalan kuching.... then aku siap siap nak balik sentosa. lepas 3 rakaat dikerjakan, aku kirimkan bacaan lazim buat arwah...


rojak @ jalan kuching

sampai stesen komuter batang kali jam 8:04 malam... last komuter ke rawang jam 8:11 malam. nasib aku ajak hantar kan awal... poyo si siti... katanya komuter last jam 9 malam. "budak budak upsi selalu je naik tanjung malim jam 9 malam"....  itu nak ke tanjung malim memang lah adik oi.

nasib baik sempat... kalau tak sempat samada naik bas mini atau metro turun rawang then menapak ke stesen komuter rawang pulak... MEMANG TAK NAK...

Stesen Komuter Batang Kali


KOC Wanita

Stesen Komuter Rawang

Tiket Perjalanan Batang Kali - Petaling

Tom

KOC M9229

Stesen Komuter Putra

Stesen Komuter Petaling
jalan kaki

No comments:

Post a Comment