Sunday 9 September 2012

Duit Raya & Potluck Raya


alhamdulillah team en anwar dapat jugak buat potluck dan menjemput... hehehe... selalu je kena bahan sebab buat potluck tak ajak Ketua Kumpulan lain...hahaha... alhamdulillah... dapat jugak aku "sumbangkan" rendang daging... gambar kat atas ni gambar sebahagian dari ahli Barricade... ida, ina, aku, keciq, en anwar & nurul... yang kat belakang tu salim ngan joe... yang lain lain dah naik sebab ada customer tengah beratur panjang nak buat urusan jaringan antarabangsa... hehehe...


gambar yang ni pulak... saje je aku nak up kan... dapat duit raya tu... Ketua Kumpulan Kewangan bagi semalam... RM2... alhamdulillah... mintak main main... sebab tengook semua staff kewangan dapat duit raya... then aku tanya lah, "kenapa saya tak dapat?..." then salah seorang staff kewangan berstatus kontrak kata... "awak bukan ahli jawatankuasa..."

hahaha.... aku tau mereka bergurau... then aku jawab lagi... "mementang status saya pinjaman di sini... kan?" dan dan itu juga Ketua Kumpulan Kewangan tu bagi aku... hahaha... #tak malu! dah tua minta duit raya... kehkehkeh...



haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... gambar2 kat bawah ni... antara makanan yang dikatakan POTLUCK...
ada nasi impit air tangan ina... kuah kacang, ina juga yang bawa, lemang dengan rendang ayam daripada hannan... nasi minyak + ayam masak merah + sambal telur + sayur acar = nurul bawa... mee bandung daripada shila ngan en anwar... mereka partner pelaburan... :) then ada masak lodeh, desert yang sangat aku minat... daripada ida... lepas tu si salim bawa tembikai... joe pun bawa tembikai tapi ada tambahan lagi satu iaitu buah honey dew... keciq ngan zai buat popia goreng...

memandangkan Balasundaram tidak makan daging/ikan/sotong atau lebih sinonim dengan istilah vegetarian... kami order mee goreng spesel dari kedai Mohd Adam Ali... dan zai bersama keciq buat popia spesel untuk Balasundaram... Hana dengan Thev tak de masa ni... mereka balik kampung... beraya lagi kata mereka (pepandai je kan)...

apapun potluck kali ni, masih mengekalkan sambutan bedey.. kali ini gurgirl dan boboi... ina lahir 4 september... si Balasundaram pulak... lahir 2 ogos... tak dapat nak buat untuk  Balasundaram bulan ogos lepas... sebab.. Ramadhan... heheh... tu sebab ganjak ke bulan september... apa pun best... sangat best... terima kasih semua...












2 comments:

  1. aaaahhhh... foinnneeee... potluck tak ajak. ada sate tu... hahahahahaaaaa

    ReplyDelete