Monday, 31 December 2012

jam 11 minit 23

tigapuluhsatudisemberduapuluhduabelas
tak lama lagi berganjak kita ke tahun baru dalam kalendar masehi. kalau kalendar hijriah kita dah masuk bulan Safar dan hari ini hari ke 17 kalau tak salah congak.. dan setelah meng"google" tak salah congakkan saya...

366 hari... siang malam silih berganti
rembulan matahari kadang ternampakkan di sianghari
tahun lompat empat tahun sekali
di hari terakhir kita dalam tahun 2012 hari ini

bila jiwa beralun lembut, nafas tenang menghela rasa
bila jiwa berombak kencang, nafas lelah mencari nyawa

hidup,
adalah lumrah...
adakala tenang dipermukaan, tapi di dasar siapa tahu ia bergelora
adakala girang di sulam tawa terlempar senyuman... tapi di dalam hati siapa tahu ia menangis
diri sendiri yang akan menentukan corak hari hari yang dilalui
apa ia gemar diperlihatkan sentiasa sedih, menagih simpati
semangat & kesabaran dalam hidup harus diamalkan

mati,
lumrah juga.
bagi setiap yang bernyawa

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185)


2012.




No comments:

Post a Comment