Tuesday, 17 February 2009

asap!!!

semalam... "ibu! ibu!" haziq amirul haq menjerit memanggil aku... sambil menunjukkan asap yang berkepul-kepul masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik air dan juga dari dapur! Aku tergamam sebentar... "jom jom lari gi umah nenek sebelah" sambil tergocoh gocoh ke dapur dan bilik air menutup pintu yang terbuka. Dengan segera aku bawa anak anak aku ke rumah mak cik sebelah. huh... tercungap dibuatnya... macam mana aku leh tak sedar ada operasi sembur asap cegah denggi dan chikungunya nih!!! risau aku.. takut juga anak anak terhidu dan terbernafas gas beracun itu...

tadi.. sebelum nak ke tengah hari:
2 orang perempuan yang aku tak tahu status dah berkahwin kah belum datang ke rumah aku... buat kaji selidik. bertanyakan samada di kalangan ahli keluarga yang mengidap demam. aku jawab "anak saya baru je baik dari demam, tp batuk masih bersisa, after 1 week kalau tak hilang lagi baru rujuk doktor semula..." "ok kak, itu sahaja terima kasih" berlalulah perempuan yang berdua orang itu sambil meninggalkan risalah tentang pencegahan wabak denggi! kemudian sewaktu aku "termenung".. aku terfikir tentang hal saman menyaman kalau kita ada ternak nyamuk aedes nih... tup tup kedengaran "assalamualaikum... " riuh sungguh di luar... ooo... lelaki lelaki itu memantau kawasan perumahan taman bukit katil.. melihat lihat takungan air yang menyebabkan nyamuk bertelur... rumah yang kami sewa ini... di tegur supaya membuang air yang bertangkung di penjuru tanah yang aku lapik dengan tikar getah!!! aku letak tikar getah sbb tak nak bg lalang membiak o rumput rumput membiak... kemudian aku keluar dan terus membuat tebukan supaya kalau ada air lagi nnt air akan terus masuk ke perut bumi... hujung tu aje aku tak tebuk.. kawasan lain aku tebuk.. buat lobang sikit...

dalam bulan ni dah acapkali pihak penyemburan asap mengasap... statistik denggi bertambah rupanya.. bahaya...

3 comments:

  1. Huk huk... ada bela nyamuk eeee... tak per dulu mana ada org bela lintah.. skrg org bela lintah jd jutawan... tak lama lg bela nyamuk jd jutawan wo....

    ReplyDelete
  2. Salam xillix...dimana2 sekarang pun orang mula membuat pemantauan semburan nyamuk...denggi & chikugunya berleluasa...

    Bukit Katil?? xillix kat Melaka ke?

    ReplyDelete