Tuesday, 10 February 2009

SUDAH SUDAH LAH....


SALAM SEMUA...

penat sungguh mata ini memerhati setiap kod kod yang tertera di layar skrin komputer ku ini... letih mengamatinya, sehinggakan ada satu blog aku hapuskan...dek kerana tidak tahan menahan berat kepala yang semakin terasa kecelaruannya...

bagaimana ye pengaturcara komputer yang lain?... yang hari hari nya merupakan rutin...

aku yang sekecil ini sudah mahu pitam rasanya...

alhamdulillah... cukup lah apa yang aku ubah... malas sudah diri ini untuk mengubah... kesakitan yang melanda hati terbawa bawa ...

lama juga aku tidak merayau... merayau untuk mencuci mata... jua sebagai santapan akal ku tentang alam yang berada di sekeliling ku mahupun di kota london sana...

semalam aku tonton di sebalik tabir geng melalui saluran astro... klik di sini:
http://gengmovie.blogspot.com/2009/01/geng-di-sebalik-tabir-di-astro-ria-rtm.html

melihatkan les'copaque bekerjasama... sungguh teruja...

patutlah kata kata sindiran ku sering di sangkal si dia...

masa kan tidak aku menyindir... si dia merupakan graduan UTM dalam bidang sains komputer major dalam multimedia... dan salah satu subjek yang si dia belajar adalah animasi...

"nama je belajar sains komputer!!! buat lah animasi yang best macam pocoyo ke...mickey mouse ke..."

itulah antara sindiran ku terhadap si dia... pun begitu si dia tidak cepat melatah mahupun melenting... dengan lembut si dia berkata... "boleh buat tapi perlukan team work, banyak part kena ada..."

sesungguhnya selepas menonton di sebalik tabir geng ini... terbuka lah minda ku tentang betapa susahnya nak menghidupkan watak watak yang ada...

banyak part...

audio
lighting
pembentukan karaktor
rakaman bunyi
story board
dan lain lain...

satu je aku bangga...

kerjasama antara mereka itu yang menjadi tonggak kejayaan filem geng ini...
(jangan ada politik juga antara kalian sudah ye!!!)

mereka ni golongan yang kreatif... maklumlah... semuanya muda muda belaka... cetusan akal yang begitu sensitif sehingga menghasilkan satu animasi yang sangat menarik...

erm... aku tak dapat lah nak menontonnya.. anak aku yang kecil masih berusia 4 bulan... takkan lah aku nak bawa ke panggung wayang bukan!!! tunggu lah dvd nya keluar di pasaran.. yang pasti akan ku beli yang tulen!!!

anak yang sulong belum megerti apa apa... kalau di ajak mahu aja ... pasti si haziq amirul haq gembira apabila dapat menonton filem geng yang dibintangi watak upin dan ipin nih...

No comments:

Post a Comment