Monday, 26 January 2009

apabila suami keluar....

apabila seorang suami kepada seorang isteri keluar membeli stok lauk...

  • membeli belah mengalahkan kaum isteri... berjam-jam tu...
  • kul 9 pagi kuar balik kul 12.30 pm... pergh............. ntah apa dibuat kat mydin tuh!!!
  • barang yang dibeli hari ini:
    1. ikan kerisi bali (leceh nak siang..byk sisik!!!)
    2. ikan selar
    3. sotong (leceh nak siang jugek...sbb kuar dakwat hitam...)
    4. sayur kubis
    5. sayur bayam
    6. sayur sawi
    7. dadih
      (maksud tersirat... seorang suami kepada seorang isteri mengidam sgt kot sbb seorang isteri kepada seorang suami itu telah lama tidak membuat dadih... last buat masa kandungan ketiga (kandungan kedua keguguran) di usia... 7 bulan rasanya... seorang isteri kepada seorang suami itu mengalami pedih ulu hati apabila menikmati hidangan dadih sewaktu mengandung... alahan kot...)
    8. nugget ayam bersalut tempura brand Ramly
    9. burger ayam brand ramly juge
    10. kordial MyRasa Blackcurrant (sokonglah produk tempatan macam seorang suami kepada seorang isteri itu amalkan)
    11. Fail 2ring (aku bising banyak kali dah...dokumen makin bertambah...fail tara tu jugak!!!)
    12. yang lain aku dah tak ingat...
yang geram.. aku dah banyak kali kasi hint aku nak buat mee udang ke..mee kari ke... belilah bahan yang related nak buat menu tuh!!!

hei ya!!! nak nak jugak jugak kasi list barang...

1 comment:

  1. oo.. sekarang si suami kepada isteri g shopping sesorang je la ye..

    ReplyDelete