Thursday 27 August 2009

kue teow ladna

salam sejahtera!

hari ini puan jillian de jill nak masak kue teow ladna istimewa untuk encik mali crash the soul! dah jumpa resepi... dan sudah jua ke kedai cik Nor belakang deretan umah mak aku nih! barang barang sudah ada... bahan bahan juga sudah ada... yang tidak ada hanya lah sos tiram! huh! tak pe kita boleh ubah itu rasa tiram...

pagi tadi tak bangkit sahur! gila membuta! tak sedar! nasib encik mali crash the soul bangun sahur dengan menu nya yang dia sahaja tahu! hai lah badan sungguh sakit sakit, pening pening si pening lalat dah ni, dengan mual dan loya di sana sini... bukan ada isi pun... mengada dengan sindrom PMS! Kalau orang lain dengan sakit senggugutnya, aku dengan sindrom morning sickness! dah beranak pinak lain pulak ragam! hai lah badan ku!.... hai lah nyawa ku encik mali crash the soul!

esok jumaat genap 7 hari umat islam berpuasa! moga moga ada hikmahnya tahun ini buat kami sekeluarga! amin!

alhamdulillah
semalam taman seri sentosa dihujani dengan limpahan air dari awan yang terpilu! lebat sungguh! petir berdentam dentum! jam 6 petang rasanya...

oh ya menu berbuka semalam... aku buat sayur campur dan siakap 3 rasa! minuman buah laici! kurma... alhamdulillah!

resepi nak buat kue teow ladna!

Bahan-bahan ( 2 org )

* kueh teow
* 3 ulas bawang putih dicincang kecil2
* 2 sudu minyak
* 2 sudu sos tiram
* sekeping dada ayam
* lobak merah
* kobis bunga
* 2 sudu besar tepung jagung
* cili padi
* kobis
* air
* garam dan secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  3. Masukkan lobak merah terlebih dahulu.
  4. Bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  5. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow.

No comments:

Post a Comment