Tuesday 30 October 2012

Victoria Bridge * Karai * Kuala Kangsar

Victoria Bridge * Klik gambar untuk paparan besar *
28 Oktober 2012... selepas sarapan kat pekan Karai - Enggor, Kuala Kangsar... encek suami tetiba terbawa kereta sampai ke sini. :)
*** terbawak kereta? hahaha... terpandu lebih sesuai kot.

Landasan Keretapi ; Victoria Bridge
Landasan Keretapi ; Victoria Bridge


aku pun tak lepas kan peluang untuk ambil gambar... untuk koleksi sendiri.
sedikit info yang aku google berkenaan dengan Jambatan Victoria ini adalah seperti di bawah...

Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.

Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.
sumber : http://www.mpkkpk.gov.my/victoria


Monday 29 October 2012

Perak Riverside Resort

27 Oktober 2012.
Lepas Maghrib kami sekeluarga makan kat Perak Riverside Resort. Harga tak de lah mahal. nasi goreng kampung baru RM5.50 tak silap. boleh lah. kan? and yang aku suka kat sini ialah... air Ice Lemon Tea... sedap...

Ice Lemon Tea

eh. kenapa tiba tiba balik kuala kangsar kan?
sebab encek suami ada job orang bertunang di sana.
dan memandangkan saya off 2 hari dan 1 hari public holiday... jadinya, jadi saya dan anak anak mengikut sama.

balik kuala kangsar, di ketika mak mertua dan makcik, ahli keluarga yang lain tiada di rumah...memang bosan. habis job ambil gambar, encek suami berehat. then malam encek suami ajak makan & jalan jalan.
Saya ambil kesempatan ambil gambar lah kan. guna lensa saya sendiri. :)

Milo Ice

Mee Goreng

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Papdrik - Seafood

Papdrik Daging

Sungai Perak

Jambatan Sayong
#mata dah kuyu. hajat di hati nak upload lagi... tapi... kemudian lah.

Saturday 27 October 2012

T.E.H.T.I.B.E.H


ni mesti ada kalau nak baca buku inggeris...kalau takde... susah nak paham nnt
balik ulu yam tadi... sibuk belek novel Faisal Tehrani... novel bertajuk.. Bila Tuhan Berbicara...
novel Faisal Tehrani yang aku ada... ada di sini...
tengah duk belek belek... sekali aku nampak ada novel inggeris pulak.
aku amik. aku tengok. aku baca title : Married Lovers by Jackie Collins
macam menarik...
ye ye je aku nak baca novel inggeris kan
adik aku punya.
aku tanya lah. best ke tak best.
dia jawab, "boleh lah. tapi 18 SX."
aku dah 33... bukan setakat SX.. XXL pun dah ni...
tak kena langsung SX dengan XXL... tapi lantak lah.
then adik aku tunjuk lagi satu buku...
"yang ni best long..." adik aku tunjukkan lah buku yang dia kata best tuh...
Remember Me? by Sophie Kinsella
adik aku ni kan... ko ingat aku rajin sangat ke nak baca novel inggeris...
tapi aku amik juga lah... buat bacaan dalam bas/sambil tunggu bas...



Si manis dalam bas dan satay kajang hj samuri




rapid bas - pemandu 1
"berniaga ke?"
aku senyum je... malu masa tu... kenapa ada orang tegur?... uh uh uh... mula lah gelabah dalam hati nak cari beg yang better dari yang ada ni...
ya... aku pergi kerja naik taxi.. balik aku naik bas... samada bas rapid atau metro...
kenapa tak naik kereta? <---- soalan ni dah biasa...
sebab aku tak pandai... sebab aku darah gemuruh... cukup lah RM1300 lebur macam tu aje... konon... lagak besar nak amik lesen motor dengan kereta sekali harung...
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
aku boleh bawak kereta tau...
masa duk melaka dulu, belajar kereta bawak kereta MBA lah... satu MITC (Melaka International Trade Centre)... habis aku pusing.... tak de lori... tak de bas... tak de kereta lain atas jalan raya yang nak bersaing dengan aku...
aku boleh lah bawak kalau keadaan macam tu...
ngeeeeeeeeeeeeee

pesanan arwah mak...
"belajar lah bawa kereta... nah RM400... mak bagi sikit..."
"apa apa jadi kemudian nanti kita tak tau"
"mak yang tak de kaki ni pun boleh bawak... apa lagi kau along... belajar laaah..."

sampai sekarang...
aku masih tangguh tangguh nak belajar kereta semula...
mmm...

rapid bas - pemandu 2
"awak stay situ"
dalam hati aku... "driver ni suruh aku stay sini ke?"
disebabkan aku tak nak perasan kan diri aku sendiri... aku berganjak lah ke arah belakang...
"awak diam je situ"
aku pun jawab, "oh OK"
aku rupanya... hahaha... habis semua penumpang lain termasuk wanita lain, pemandu tu suruh ke belakang... tapi aku? macam tak adil je...
"kau sanggup ke nak berhimpit himpit kat dalam tu?" dalam hati tertanya sendiri...

"baik nye pemandu ni"... dalam hati berkira kira pula tentang untung aku pada hari ini...

then masa bas berhenti kat IOI Mall... ada seorang gadis manis... berbangsa India... manis...
senyum dia semacam ada gula... manis (sebut lagi... haih)...
dia sebelah aku... tapi kami di halang oleh palang besi tangga turun naik...
pintu kat tempat aku berdiri, memang tertutup rapat, hanya sebelah pintu aje yang dibuka dan ditutup... port ni aku sorang je conquer... selesa....

tapi kesian pulak kat si gadis manis berbangsa india tadi... dia terpaksa berhimpit-himpit dengan gender berbeza...
si gadis manis berbangsa india tadi, menoleh ke kanan... mata kami bertaut, seolah olah saling memberi salam perkenalan (eceh!)... dan senyum pun terukir... maniiiiiiiiiiiiiisnya...

si gadis manis tu, turun kat taman tenaga... sekejap sangat kita berjumpa... moga berjumpa lagi ye si gadis manis!aku pulak turun kat kedai perabot berhadapan dengan masjid abdul rahman auf...
hujan pula turun selebat lebatnya...
aku? malas lah nak tunggu kat bus stop ni.. basah juga kalau tunggu, makanya aku teruskan perjalanan dalam hujan... risau gak masa tu... kot kot lah kan di panah petir ke...

"nauzubillahi min zalik"
“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Alhamdulillah.. selamat sampai rumah...
bila dah lenjun mandi hujan dan air paip... perut pulak lapar...
makanya... aku pun ajak lah encek suami pergi makan...
dia suruh aku masak... aku jawab dengan soalan, "boleh tak makan kat luar?, malas lah masak"
encek suami tanya nak makan apa... aku terus jawab, "nak satay hj samuri"

makanya... kami ke R&R Kinrara... Kesas Highway... belakang rumah je... terima kasih belanja...
sempat paw ehem ehem 2 helai tudung... sementara mood dia sedang happy...


Satay Kajang Hj Samuri

Selamat Hari Raya Qurban 10 Zulhijjah 1433




Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah


hari ini... hari raya qurban. bergembiralah mereka yang berjaya menunaikan rukun islam yang kelima. 

oh yea... lepas solat jumaat kami balik ulu yam kejap. on the way balik ke jalan kelang lama, kami ikut highway plus... hujan lebat.. then ada satu kemalangan.. kilometer berapa aku tak tau...



#korban jalan raya... hati hati yea....



Hadiah Hari Lahir buat...

dalam si ehem ehem sibuk sana sini... tidak terlupa rupanya tentang anak anak...

bila ada kelapangan dan teringat baru lah kalian mendapat... walaupun nilai tidak lah mencecah ratus atau ribuan... ada pesanan dan ingatan di sebalik pemberian ayah...
(ibu sendiri pun tak dapat apa apa sempena bedey ibu...)

nak berkecil hati? nak tu tidak laaaaa... tapi terkecil hati itu ada... :(
ayah kata ayah dah tak sayang ibu... takkan nak paksa paksa kan... :(
(berdrama swasta pulak pepagi buta ni kan)

dah lah gi solat sunat aidiladha siang tadi... ibu seorang diri aje... ayah siap ada 2 orang... Haziq Amirul Haq & Izz Emir Haq... tak pe lah... pasrah je...
(berdrama swasta pulak lagi lah pepagi buta ni kan)


Saidina

Angry Bird

"Belajar rajin2... Jadi insan berguna"

"Be a good boy... Stay Cute"
#macam lah si emir paham... ")

Wednesday 24 October 2012

Seandainya kita terpisah...

Budi, kalau Budi jadi kelip kelip 
ke mana Budi nak terbang?

Budi tak nak terbang kemana mana
Budi nak duk kat sini je
terangkan hidup Lily

kalau Lily jadi kelip kelip
Lily nak terbang ke mana?

Lily nak ikut kemana mana sahaja yang Budi pergi

~29 Februari~




ayat!
indahnya kalau di lamun cinta...


di halaman maya muka yang entah ke berapa - novel yang takkan terbit terbit... hanya terbit bila hati terdetik... dan tertulis di sini.

Kita Kian Menjarak
"kalau kita dah jadi suami isteri nanti... bila kita dah ada anak dan anak anak nanti, sayang tak perlu kerja... sayang duduk rumah, jaga makan minum abang, urus rumahtangga kita... jaga anak anak abang..."
Zulaikha senyum, mata melirik kembali ke helaian kertas kajang kiriman Azlan... ada lukisan orang lidi... 2 orang dewasa, seorang lelaki dan seorang perempuan... ada 2 orang kanak kanak lelaki dan 2 orang kanak kanak perempuan...

hati berdetik detik... fikiran melayang jauh... apabila tersangkut, tersangkut di satu layar...
pembilang pesanan bertambah... setiap pesanan disingkap... ada yang di padam dari kotak memori...
mengapa berahsia? bukan kah kau pernah berjanji... tidak akan ada rahsia di antara kita...

pujuk pujuk hati... sudah sudah mencari duka dan ribut
redhakan sahaja apa yang berlaku...

# tak de mood nak sambung...

ni aku nak story sikit...pasal kacang panjang.. MAHAL GILER TADI AKU BELI..  baru minggu lepas aku beli kat kedai yang sama kat Central Jalan Kelang Lama... sekilo RM4.50 je.. tadi aku gi beli sekilo RM7.50... terkejut aku.. 2-3 kali aku tanya.... tak pe lah... malas nak pikir dah... beli aje...

kacang panjang
balik rumah tiba jam 830... penat mendaki tangga.. duduk sekejap lepas lelah...
aku minta pada anak bujang aku si emir... "ibu nak air sayang..."
emir masuk dapur amikkan segelas air kosong... "alalala.. pandai nya amik hati ibu dia"...

lepas tu pula... dalam pukul 9 lebih tadi... si haziq pula sibuk nak peraut pensel warna...
aku cakap lah aku beli kan esok.. then haziq bagi tau, kena siap kan warna warna dia... SONIC dialah tuh.. turun  lah gi kedai kat bawah rumah ni...

bila haziq mintak peraut pensel warna.. aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu... aku menangis nak nak jugak peraut pensel magik yang boleh tukar tukar gambar tu, yang siap ada berus ngan pemadam tu... ke ada berus je? aku pun dah lupa...  malam tu jugak nenek aku pergi kedai sebab aku... berjalan kaki lah kami ke kedai kat pekan cowboy ulu yam lama tu... sampai nenek jatuh kat selekoh jalan masa nak balik rumah... arwah dah nenek aku... setiap kali aku lalu selekoh yang menurun nak masuk Kampung Lekuk tu... aku sering terimbas nenek terjatuh kat situ...sayang nenek pada seorang cucu...  nenek tak marah pun aku... di malam Jumaat Khamis ini ku kirim doa buat arwah...

aku nak nak jugak malam tu sebab peraut aku tu dah hilang kat sekolah.. aku takut ayah balik kampung nanti, tanya mana peraut... macam mana aku nak tunjuk... ayah garang sangat... aku takut... sebab tu juga nenek pergi jugak malam tu...

#kecik kecik dulu mana pikir apa kan. kalau dah nak... mesti nak nak.

Tuesday 23 October 2012

Pendam yang tiada dendam

uwaaaaaaaaaaaaaaaaarghh. stress. penat. tiba rumah dari tempat kerja jam 730. sampai sekarang kerja kerja rumah tak habis habis. dalam mesin basuh masih berpusing. yang dah selesai di mesin belum di sidai. yang pakai tangan tengah turunkan air. kejap lagi dah boleh sidai. TERTEKAN. kalau lah ada yang membantu. nasib dapur dah setel. tinggal kejap lagi je nak buat untuk esok.tetiba nak goreng terubuk masin pagi nanti buat bekalan ke tempat kerja... mmm...

kan best
balik kerja. semua kerja rumah ada orang lain yang tolong selesaikan. aku balik rumah just relax relax. golek golek. gurau gurau dengan anak anak. kan best.

apakah aku tidak bersyukur?

Alhamdulillah aku masih diberi kekuatan. jangan sesekali aku lemah. (motivasi diri sendiri)... berlapang lapang lah duhai hati

aku pendam pendam, tidak sesekali aku berdendam
aku diam diam, bukan bererti tiada angin yang menyampai salam

NAA

 






Sunday 21 October 2012

Training + Meeting di hari Jumaat

Cekak Pinggang

terjaga dari tidur lebih  kurang jam 230 pagi... golek golek kejap... kerdip kerdip mata kejap... tersedar pulak longgokan pakaian yang dah menggunung ganang... cadar dan selimut yang dah cukup masa untuk dicuci... dapur yang tonggang langgang... terus bangun!!!

sambil sambil dobi, aku edit gambar yang di ambil jumaat lepas.

hari jumaat lepas, kat tempat kerja, habis je "meal break"....terus mode "training" dengan "meeting"... 2 sessi training + dengan 1 sessi meeting bersama team... kalau lah teruskan dengan "manual in", memang celaru otak dengan mulut nak bekerja... mana tidaknya kepala memang dah ting tong dah masa tu.. cakap pun merapu aje....

[543 am... lapar... makan roti sapu dengan coklat hazelnut nutella... minum air teh.. alhamdulillah]

ni berblog kalau tak dengar lagu memang tak sah.... makanya saya tengah dengar lagu ini....


aku tidak pernah tahu tentang kewujudan cerita 29 Februari sehinggalah adik aku langgan cerita ni kat stro first. aku suka 29 februari. kenapa? entah. kalau aku tau kuar wayang cerita ni, aku mesti pergi tengok... idea KRU boleh diharap. lain. unik. seni.




training jumaat lepas... pasal DNS error.  nasib baik tak mengantok masa ni.

What is DNS?
DNS stands for Domain Name Service, and it helps in accessing various websites on the Internet. The purpose of DNS is to simply translate the address that a user types on the web browser from the human language into the computer language. For instance, an address like www.abclimited.com will be translated into an address like '10.58.255.14'. This translation process makes it possible for the computer to read and understand the address that the user has typed, and then visit that particular website via its server.

What is a DNS Error?
An error regarding the DNS for any particular website usually implies the lack of an active Internet connection. This error can also mean that the machine is unable to access the Internet in order to convert the typed address, and thus the computer will be unable to visit and access that website. This could happen for a number of reasons, and in most cases these errors are relatively easy to fix.

Sometimes a computer shows such an error only for some particular websites. This can happen due to two reasons - either the address that has been typed is incorrect, or there is no entry for this website over the Internet. Either of the reasons restrict the user from accessing that particular website.
Read more at Buzzle: http://www.buzzle.com/articles/dns-error.html
masuk training room sebelah, jumpa ijat... satu bilik lah pulak
lepas training pasal DNS error... ada training pasal Portal... assessment aku jawab main taram. sebab aku tertidur. lebih kurang jam 6 petang, training pun tamat untuk kedua dua sessi. then ketua team panggil aku join meeting... sambung terus lah kan sampai jam 630 petang... hurrrray lah kan... terus "log out"


Friday 19 October 2012

Popia Goreng JDJ

setiap malam inilah rutin aku. buat inti popia. masa duk kat melaka dulu, aku pernah letak kueh popia ni kat kedai area Solok Bayan, Bukit Katil. Hmmm... tetiba aku nak test market pulak kat opis. saje. seronok.

inti popia goreng cik Jillian de Jill  - yang ni guna kentang

lobak merah
lobak merah lagi
kentang dipotong dadu - selalu guna TAUGEH
hari ini aku ganti kentang
bawang besar kuning
lobak merah  - lupa pulak nak snap kacang panjang
kemaskini : 31 disember 2012 
RESEPI POPIA GORENG JDJ

(untuk 70-80 gulung)

kulit popiah (saya guna brand KG aje)
1 labu bawang kuning
1/2 - 1 kg kacang panjang (patong kecil kecil); bergantung - kalau suka letak lebih - kalau tak suka kurangkan
3/5 batang lobak merah (bergantung kepada saiz; kalau besar 3 batang cukup) - potong julienne
1 mangkuk sederhana taugeh(agak agak je - kalau nak letak banyak pun ok; bergantung)

*alternatif taugeh boleh letak kentang yang di potong dadu dalam 5 - 7 biji

udang geragau / daging lembu kisar (jenama Ramly) / daging ayam kisar (jenama Ramly jugak)
*kalau udang geragau saya letak dalam satu mangkuk kecil
*kalau daging kisar saya letak lebih kurang 300 gram....

garam / msg / secukup rasa / lada hitam / lada sulah- terpulang


cara masak :
1. tumis bawang kuning bersama udang geragau / daging (ayam/lembu)
2. masukkan kacang panjang yang telah di potong kecil, kemudian masukkan lobak merah di potong secara julienne, kemudian masukkan garam / msg / secukup rasa / lada hitam / lada sulah ikut citarasa masing masing.

#kalau guna kentang, tumis awal bersama dengan udang geragau / daging (ayam/lembu)

3. masukkan taugeh paling akhir...

then tapis dulu... bagi air atau minyak keluar... then gulung then goreng...
cenggitu lah...

kulit popiah ~ brand KG

letakkan inti  ~ saya tak suka sengkuang

gulung cara saya ; terpulang kepada masing masing bagaimana nak gulung

tepung + air = gam :)

sedia untuk di goreng!!!
sedia untuk dimakan 

oh yea.. saya masih tak pandai lagi buat sos nye... so saya beli yang dah siap aje... tak pun... guna je cili sos biasa (saya suka brand heinz) tambah air panas dengan gula sedikit + dengan bawang putih yang di titik...


#saya baru nak belajar, kalau ada resepi yang lagi best, sila lah kongsi... ini resepi sendiri...

Thursday 18 October 2012

Mencari "bearbear" Cik Athera

awan

PLUS

hari isnin [noktah] lima belas haribulan tahun dua ribu dua belas [noktah] pergi rawang sekejap [noktah] cari "bearbear" murah kat tepi jalan dekat dekat area NSK Rawang [noktah][noktah][noktah] budget memang sentiasa ada aje kan orang jual kat tepi jalan tu [noktah][noktah][noktah] sekali kami iaitu aku dan si athera pergi[noktah][noktah][noktah] melopong [noktah][noktah][noktah] tak de orang pun jual hari tu [noktah][noktah][noktah] apa nak buat [noktah][noktah][noktah] tak de rezeki si athera[noktah][noktah][noktah]

untuk pertama kalinya aku guide pemandu menuju arah utara [koma] ikut lebuhraya PLUS susur keluar Rawang dari rumah kat jalan kelang lama [noktah][noktah][noktah] BERJAYA TANPA SESAT [tanda seru][tanda seru][tanda seru] senyum senyum [koma] tapi kelat kelat juga sebab "bearbear" yang dicari tak dapat [noktah][noktah][noktah]

"bearbear" tak de [noktah][noktah][noktah] then kami berdua singgah sogo [koma] sebab athera dah lapar [noktah] dia nak makan MekD [noktah]

# balik tanpa "bearbear"

Tuesday 16 October 2012

11 SEPULUH 2 BELAS

Kedai Gunting Rambut

lepas jemput haziq kat sekolah, aku ajak anak anak aku pergi gunting rambut. rambut budak lelaki kena sentiasa gunting. kalau di biar panjang sikit... lemas tengok...

Cuci Tangan
sambil tunggu turn, haziq & emir makan coklat Kit Kat. tu tengahcuci tangan lah tuh... sebab ada lekit lekit coklat kat tangan.

Minum Yakult
Haziq kalau nak minum yakult.. dia akan cakap kat ibu dia macam ni....
"ibu, my stomach empty, inside my stomach got monster. Please ibu...."
macam mana tu?... empty tapi ada monster?

Haziq Amirul Haq


Izz Emir Haq

Monday 15 October 2012

Buang Sampah

angin merindu.
aku tak ingat pukul berapa aku sampai rumah. mungkin dalam jam 10 malam.
balik keje jam 530. cadang nak balik terus. tapi ada agenda pula secara mendadak.
makan KFC (kadang muak bila dengar KFC, kadang terlepas juga "tak de makanan lain ke?").
oh. tadi makan KFC kat taman sri manja. then kami ke jalan semarak. jalan jalan cari angin merindu.
ada officemate ni. ajak ke setiawangsa. rindu katanya. aku pun jalan je. sebab dah memang tengah senggang.

sepanjang dalam kereta officemate... kami berdua layan lagu. koleksi lagu lagu yang dia ada, semua feeling feeling.

paling tak sangka. lagu ni. dia pun layan. teruja.



"jiwang jugak minah ni" kan?
budak budak sezaman dia... selalunya kan layan lagu macam yuna. macam najwa latif.

apapun, masingmasing punya citarasa.

Recycle?

sampah menyampah.
masa buang sampah tadi, aku nampak 2 orang lelaki duk kuis kuis cari botol, tin, dan seangkatan dengan terma Guna Semula.

cari rezeki. :)

masa panjat tangga... (terbayang bayang mak aku duduk melepak kat bawah masa hayat beliau)... mmm, masa naik atas, aku tetiba jadi kesian dengan pencari botol dan tin kosong tu. gigih kan cari duit. aku teringat arwah mak (alfatihah)... mak selalu kumpul tin tin kosong, botol-botol kosong, then dia cari lah peraih... tapi mak tak de lah sampai kutip kat tong sampah. selalunya mak beli mak kumpul.

kat rumah ada jugak botol botol kosong. aku kumpul lah. esok tak nak main campak je dalam tong sampah gergasi tuh. aku nak asingkan letak tepi. tak de lah pencari tin dan botol kosong terkuis kuis. tapi... orang lain buat ke macam aku nak buat ni. kalau ada yang tong recycle tu kan bagus. kan? tapi area rumah aku ni tak de. so tak pe lah, asing kan aje... letak tepi.

:)


Thursday 11 October 2012

Mencuci Telur...

"ibu, haziq nak makan 3 je... dan ini lah yang paling sedap... nasi,telur goreng dengan kicap. tau ibu?"

aku senyum je... kalau dia mintak lauk ni... bila tiba angin dia nak makan "tiga ni je"... and apabila tiada telur dalam peti... gelabah gak kadang kadang... gelabah sebab malas nak turun gi kedai...

tidak lah bermakna kalau masak lauk lain... haziq and emir tak makan... makan jugak... contoh macam lauk kari ke,, kurma ke... haziq dan emir tetap berselera..


telur... sebelum korang masak... korang basuh dulu tak? ke terus je pecah dan goreng? atau terus je rebus... aku selalu nya basuh... kadang kadang je tak... ngeee... tengok keadaan telur tu... kalau yang dah siap pack... cecantik... nampak bersih je... hehehe tapi kalau beli yang satu papan.. aku kompem basuh dulu!!!

Telur - Grade A

Telur yang dah di basuh

Wednesday 10 October 2012

Rawak dan Kebarangkalian - berhubung kait

1

tempat kerja bersama rakan sekerja
ada seorang perempuan tinggi, manis melintasi kepulauan kami

Lelaki di sebelah kiri : wow... saya suka dia lah kak...
aku   : kamu nak kawen dengan orang melayu?
Lelaki di sebelah kiri : eh tak de laaaaa... saya suka perempuan macam tu, tinggi, cantik pulak tu
aku   : habis aku ni tak cantik lah?
Lelaki di sebelah kiri : eh akak dah tak fresh.. expired sudah.... hahaha
aku   : kurang assam jawa!!!


2

dalam bas metro
berhimpit himpit, akhirnya aku dapat duduk
dalam bas aku duduk. diam je. kepala pusing fikir rencah kehidupan.
*
masin
secubit garam dalam masakan, menambah rasa
secubit garam di tabur pada luka, menambah pedih

pahit
aroma kopi panas, sangat menyelerakan
tanpa gula, dan di bancuh pekat.... hitam warnanya...
biar lah pahit dan hitam itu di simpan buat peringatan

manis
manis manis si gula melaka, bukan manis si madu lebah....
hati hati bermulut manis

tawar
kosong.. air kosong memang tawar..
menepung tawar itu adat, hati yang tawar itu ada kemelut

masam
cuka... wajah mencuka lahir dari hati yang masam.... (aku tersenyum).... hati pun ada masam kan...

payau
ni aku tak tau nak hubungkaitkan dengan apa.... lelaki di sebelah kiri aku cakap...
payau umpama paya bakau.... haiiiiiiiiiiiiiiiih... gelak bahak bahak....
perempuan di belakang aku pulak... otak tak berapa nak sepusat... di bantai nya payau lain.... dah gelak ghairah pulak...
apapun - aku nak kaitkan payau dengan keadaan kalau kita demam... telan lah apa sahaja.... rasa payau aje kan...

kelat
kelat umpama kita makan buah-buahan yang masih bergetah...
kalau makan buah pisang... bila kita kopek kulit... diantara kulit dan isi, mesti ada getah... kan ada rasa  kelat... dalam kehidupan pun ada rasa kelat jugak kan.. tapi telan juga...

lemak
lemak berkrim di sukai ramai kan?

*
berbalik kepada cerita aku dalam bas... alkisahnya, semalam... aku sempat lah tertidur... bila dah tertidur... boleh pulak termimpi.. mimpi pulak barang jatuh... dan dalam mimpi tu aku terkejut, so secara langsung, aku pun terjaga dalam keadaan terkejut

hahahaha....
penumpang penumpang dalam bas... yang berada di dalam radius aku semua memandang aku....

*malu


3

lahabis lahabau... ni si erin punya ala kedondong punya kata berirama
"la habis dah.." dia jawab lahabis lahabau


4

lepak dalam bilik air... menangis. muntah. habis semua isi perut keluar.
ada bersuara "pregnant?"
aku :)
aku jawab "salah makan kot"
yang bersuara tadi bersuara lagi, "kalau pregnant apa salahnya... mana tau baby girl"
aku :) lagi
kemudian aku berbisik ke telinga yang bersuara tadi.



balik dari ulu yam... perut tak selesa... sapu minyak yu yee... lega.





Tuesday 9 October 2012

Apakah hingga ke saat ini masih berahsia?

duhai gelap malam,
apakah perkhabaran yang ingin kau sampaikan,
layah terbang kerana ada angin.

angin yang terpa,
mungkin deru, tiup deras,
mungkin kencang, layah menjerit terkena bisa,
apakah kau rasa.

angin yang terpa,
mungkin jua lembut, hembus nafas terasa bersatu,
mungkin berbisik, layah meliuk lintuk di bias cinta,
apakah kau rasa.

angin yang berlalu,
menginjak masa...
singkap pesanan...
masih lagi berahsia...

angin yang belalu...
bawa titisan, merintih dan bergundah
singkap pesanan
masih lagi berahsia...

teruskan,
kerana layah pasti di sapa angin jua,
memberi rasa, akan perkhabaran yang ingin disampaikan

~kita kian menjarak~
1.33am 09/10/2012





Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu

Sungai Sendat - Mandi Manda & BBQ

hari ahad. 7 oktober 2012. grup kat opis buat outing. port air terjun sungai sendat. aku dan anak anak serta jaja...dengan keciq ngan ina satu kereta, bergerak dalam jam 7 lebih... sampai kat kampung aku dalam jam 8 pagi. balik kampung kejap sbb nak amik rendang yang aku pesan kat mak tam.

lepas tu patah balik hala sungai sendat, (masa ni jaja tinggal, tak nak join, nak lepak dengan umi dia.. anak mak tam aku). tapi sebelum sampai sungai sendat, , keciq, ina ngan aku & anak anak... tunggu en anwar kat sek men sains hulu selangor, tak sampai 15 minit encek anwar pun sampai...

so kami gerak sekali ke sungai sendat.

kami 2 kereta sampai dulu... then hannan ngan encek faizal menyusul. (dengar cerita sesat jugak)... huhu....
lepas tu baru nampak kelibat dave ngan VJ ngan shila, ida. lieza sakura dan adik shila...

last ialah nurul, hana hasanah, ngan zai...

sampai kat sungai.. port yang aku aim... dah di kebas orang... melepas.
ahad kan.. pagi pagi dah ramai...agak leceh jugak kan kalau outing hari ahad...

bab makanan... sangat meriah... ayam bbq... rendang daging... bihun goreng... nasi putih... sup ayam... jagung bakar, sosej bbq... sardin roll... roti telur.... etc... air pulak .. air sirap. :)

outing kali ini melibatkan beberapa orang yang bekerja shift 430 petang,... so memang tak puas. and ada beberapa tangkai jantung yang nak gugur tapi tak jadi nak gugur... cool.

ni video aku amik masa kat sini. guna akaun hakmal upload video. malas nak register atas nama sendiri.





aktiviti mandi. mandi sampai gigil itu wajib. bila dah lali dengan gigil... tak nak turun bawah dah... anak anak aku memang nak main air je lah... walaupun dah menggeletar.. gigih nak main air jugak...

# tak puas nak berendam.