Di satu pagi di musim yang lalu... ku membebel dan terus membebel... cakap lembut... berkata manis tiada lah mahu memahami... masakan ku jadi isu hangat di teratak indah... telah ku cuba namun gagal... kerana nafsu serakah dia meluap luap...
tak pe sekarang aku tak bebel... aku tulis... pasti dia membaca... sbb dia ada balas kat entry bertajuk dear...
oh ya... puas aku mengajak..."jom gi pasar malam" "jom gi pasar besar" "jom gi pasar borong" pelawaan berunsur kesihatan di balas "awak drive sendiri kan senang..." oh tak pe...
kali ini tiada tak pe... aku nak sesah satu satu... (adatlah kan...)
aku ajak gi pasar bukan suka suka nak habiskan duit dia...
aku ajak gi pasar sebab nak cari ulam kampung, kat pasar murah dan kadang tu ada makcik tu kasi free seikat
nak cari ulam kampung kat tesco mana ada... mydin pun tak de... carrefour lagi lah tak de... giant not in mylist to shop... kalau ada pun kat tesco, mydin or carrefour aku rasa tak sesegar di pasar basah harian....
aku nak gi pasar sebab nak cari ulam tenggek burung, nak cari ulam daun selom, nak cari ulam daun pegaga, nak cari ulam raja, ulam kaduk ataupun ulam betik.. ualm pucuk ubi ataupun apa apa ulam yang sihat untuk di makan... tapi semua makanan adalah TOKSIK kalau berlebihan dari yang diperlukan... itu perlu diingat!!!
hurm... satu lagi kalau gi pasar ni nak pilih ikan banyak pilihan... kadang boleh tawar menawar...
ini ulam tenggek burung tapi ada tempat panggil daun cabang tiga, ada juga yang panggil pucuk putat... aku suka ulam ni sebab... kalau nak check Blood Pressure aku makan ulam ni bacaan blood pressure n kencing manis... cantik!!! satu lagi info kalau makan ulam ni susu ibu banyak terhasil and baby akan puas menyusu.
---------------------------------------------------------
habis kisah pasal nak gi pasar... kisah nak makan pulak.. bukan tak nak masak yang healthy... menu sihat ada... banyak... tapi kan.. yang pelik.. tak menepati selera dia...
contoh ikan kembung masak pindang... sup sayur soo hoon, masak ikan bakar... masak ayam cicah style chinese cuisine... eh banyak lah... kalau masak menu sebegini... tup tup dia akan bersms dengan kawan dia... contoh... "jom ngeteh!!!"
kalau kaya beli ikan memahal tiap hari pun best jugak ni... boleh buat masak steam... buat masak szechuen ke... sesiapa yang ada idea boleh lah ye... kongsi kat sini.... cadangkan menu sihat untuk keluarga seperti aku yang berpendapatan dibawah RM1500 bulanan...
hurm... satu lagi kalau nak masak ikan bakar kat rumah ni memang boleh... tapi leceh sikit.. yang makan dua orang je... tak seronok... dia ni pulak suka beli ikan jelawat lah, ikan senangin lah, ikan terubuk lah, ikan talapia lah, ikan keli/semilang lah.... ikan darat dia memang boleh makan...
pening kepala bila selera dia je kita nak hidangkan...
satu lagi... kalau kita masak ala ala menu sihat nih kan... perut mana nak kenyang sangat... pap... tekan lah... 1300 13 1300... tak pun... shakey's , tak pun nandos delivery service....
pastu hilanglah mood seorang tukang masak nak masak menu sihat... maka masaklah menu yang berasas gorengan... sbb ada ala ala crunchy n krup krup bunyi nye sperti... ayam goreng berempah, ikan goreng masak kicap... dan segala yang berminyak... dan segala yang bersantan... kerana itulah tekak dan nafsu dia.. kalau masak kari daging lagi lah dia meratah... kurma ayam lagi lah meleleh menyentap tekak...
cuba bayangkan... kami berdua seekor ayam sekali masak.... dia nih tak suka makan nasi... kalau makan nasi, nasi nye semangkuk je dia makan... lauk yang di masak di ratah... hurm... begitulah dia.. ditegur... tak suka... ye lah kan.. dia yang bekerja... balik kerja mesti nak makan sesedap tekak!
and sebagai isteri sungguh seronok dan terharu apabila hidangan yang di masak menambat tekak suami utk menghabis kan hidangan....
so cemana nak masak menu sihat sekiranya di akhir hari (malam or tengah malam) dia keluar cari port makan nasi goreng ayam tak pun kue teow goreng ladna, tak pun nasi telur bungkus, tak pun nasi lauk telur bistik!!! di luar yang ala ala oily jugak ajdik pilihan... jadi lebih baik saya masak ala serupa kan...
kak zara and kak anie... nanti komen ye!!!