Thursday 2 April 2009

selepas habis....

Novel: Belahan Jiwa
Tarikh Beli: 26 Mac 2009
Tempat Beli: Popular, JJ Melaka
Harga: RM19.90

Petang semalam baru habis baca....

Kenapa aku beli:Nak tau lah apa kandungannya... lagipun aku dah lama tak membaca novel... sejak dah berumahtangga. Dulu ada jugak beli, tapi tak de lah sampai 2-3 novel sebulan.

antara yang menarik perhatian aku dalam belahan jiwa:

"Pada tahun 1996 MeaSAT, satelit swasta pertama di malaysia dilancarkan, kemudian pada tahun 2000 pula TiongSAT pula dilancarkan. Data imej bergantung pada lokasi orbit satelit. Setiap Data yang diterima mesti menepati masa supaya dapat membekal data yang spesifik kepada pengguna."

Anne menunjukkan demonstrasi kecanggihan GPS Mapping.

"Cip berkenaan banyak guna nya... boleh kesan saya hilang, kalau ada orang kena culik, kena bunuh dan macam macam lagi."

ha!!! baru baru ini, baru je si mamat bucuq itu bertanya kat aku pasal apakah fungsinya Statelit yang kita ada kat angkasa raya itu...

so aku jawab kat sini.... boleh buat cerita lah.. ha macam kak zara novelkan itu dalam belahan jiwa... ha ha ha...

si mamat bucuq itu menbandingkan kecanggihan google yang mana boleh cari peta... alah yang map tu... contoh kalau kita nak cari ulu yam lama kat google... nanti ada keluar peta...MAP... boleh nak tgk cara statelit, atau terrain...map...or hybrid... senang kan!!!

------------------------------!!!

so belahan jiwa... pendapat aku lah... ending yang telah dijangkakan... mesti ada elemen happily ever after.... he he he... tak de ending yang buat aku menangis teresak esak macam satu novel ini.. di mana suami isteri kawen atas pilihan keluarga, lelaki pulak lepas kawen dia ada ehem ngan makwe dia... even dia kuar ngan makwe dia tp pelik.. boleh pulak isteri yang di kawen paksa itu mengandung...apa arrrrrrrrrrr....

1 comment:

  1. Assalamualaikum Zila,

    Terima kasih kerana memberi sokongan. Tinggi sangat pujian tu...

    Cerita mengenai PLD/GPS sebagai isyarat kepada pihak kerajaan supaya mencari jalan bagaimana membeteras jenayah terutamanya penculikan kanak-kanak.

    Kakak akui, kesilapan jalan cerita terlalu ramai yang meninggal. Membosankan... betul tak?
    Pasal happy ending... memang terpaksa buat begitu sebab pembaca lebih suka ke arah itu.

    Terima kasih sekali lagi. Ajaklah Minister ke Pesta Buku pada 17 - 26 April bertempat di PWTC. Akak akan berada di sana pada 17-19 dan 24-26 April.

    ReplyDelete