Tuesday 14 April 2009

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa

dalam meniti kehidupan yang penuh onak dan duri, suka duka yang silih berganti... aku ingin menjadi tenang... biar ada yang mencerca, biar ada yang menghina, biar ada yang memuji, biar ada yang menyanjung... aku tidak mahu rebah menunduk ke bumi lalu mebiarkan airmata berjuraian, membiarkan diri berkata kata menyesali diri... mahupun mendongak mendabik dada ke langit tinggi, lancang mulut berkata, lagak seperti wanita agung yang hebat... aku tidak mahu sebegitu rendah, jua tidak mahu sebegitu sombong

alhamdulillah, aku memiliki seorang suami yang melengkapi aku sebagai isterinya...kalau boleh aku ingin setenang gambaran kak anie...

tenang dari kak anie:

'Hmmmm....takde apa2 amalan pun...cuma...saya ni jenis mudah...tak suka menyimpan dendam. Bagi saya...masalah yang kecil jgn difikirkan terlalu sgt...dan kalau adalah orang bercakap sesuatu yang saya tak suka...saya masuk telinga kiri...keluar telinga kanan...dan yang penting apa pun kita lakukan kene ikhlas...'

Aku tak tau lah camaner dia boleh tau...tapi rasanya apa yang dikatakan itu betul kerana walau macamaner rapat pun seseorang dengan aku mereka takkan tau seandainya aku sedang menghadapi masalah hanya dengan melihat wajahku kecuali aku sendiri yang bercerita...atau kesedihan itu tak dapat ku bendung lagi.

Jangan ditanya aku macam mana aku boleh buat begitu...kerana aku takde apa apa petua...seperti yang aku katakan tadi...itu saja yang aku amalkan.

Yang penting...hidup jangan berdendam...dan harus selalu memaafkan... agar jiwa menjadi tenang... keikhlasan dan kebersihan hati juga jangan diabaikan.

Dan seperti aku selalu kata...arwah mak selalu berpesan...

'Biarlah orang nak buat kita...kita jangan buat orang kerana ALLAH tu ada...' inilah kata-kata arwah mak yang tak pernah aku lupakan....

-----------------------------------------------------

Kata pepatah Melayu, ´kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana (binasa)´. Ia merupakan peringatan bahawa mengucapkan perkataan yang tidak baik boleh mendatangkan bencana kepada diri sendiri mahupun terhadap orang lain. Lidah adalah anugerah Allah kepada manusia untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk mengeluarkan perkataan yang mendatangkan keburukan seperti menyebar fitnah, dusta dan bermaksud buruk yang membawa niat menjatuhkan maruah orang lain.


Allah berfirman yang bermaksud: “Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua biji mata, lidah dan dua bibir. Dan Kami menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan).” - Surah al-Balad: 8-10


DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
www.raudhah.com








3 comments:

  1. abis kalau dah diam jee, orang still buat kita jugak, apekejadahnye? lawan tetap lawan demi maruah, agama dan negara.

    ReplyDelete
  2. Mengatur bicara dengan baik atau diam akan menghindari komunikasi kejiranan daripada sebarang konflik.

    Sikap "bicara baik atau diam" akan membangun komunikasi yang harmonis dalam kejiranan.

    ReplyDelete
  3. ada pesanan org tua seorang ni...

    kalau ada antara kita ikut lagak dan akal binatang... jangan kita terpengaruh lagak dan akal binatang yang sama...

    Allah kurniakan akal untuk kita berfikir...

    berkenaan dengan jiran saya dah berkias... nampak kasar, tapi nak buat macam mana... hot temper...

    hari ini saya sedekahkan kek coklat lagi... utk jiran sebelah... sambil saya berkata... saya kata apa itu rahsia...

    tak syiok ah lama lama mendam rasa...

    he he he

    saya ni cepat marah tapi cepat sejuk...

    ReplyDelete